Seminar

Seminar yang dirancang lebih kurang 2 minggu akhirnya dah selesai.
Alhamdulillah hampir 45 orang dari seluruh negara datang. Hanya beberapa hospital yang tak menghantar peserta. Sabah n Sarawak mungkin diorang tak sempat nak prepare kot. Tak pe..

Tapi yang menyakitkan hati Peserta dari Penang walaupun hanya dilimitkan seramai2 org je, tapi ketua jabatannya bagi pendapat aku sunggh tak patut. Sanggup marah pihak penganjur sebab pada hari yang sama dia ada meeting lain di tempat yang sama. Apeplak...aku pun heran dengan org cam ni..walaupun aku dah paham (org lain lagi paham) dengan perangai die...tapi jangan la sampai marah2 kitorang sebab die x ble join...lantak lah..

Tapi aku dapat rasakan ini adalah seminar yang paling aku tak bersemangat nak buat kerja...
Mungkin ni adalah seminar terakhir aku jadi organizer kat sini....
Aku lebih banyak menggunakan perkataan ..biarlah...biarlah..biarlah...
Lagipun diakhir perjuangan disaat genting aku terpaksa berjuang seorang diri..
Tambah pulak dalam kepala aku ngan pikir pasal........emm...semangat berkursus tu dah kurang..

Tapi nasib baik semua berjalan dengan baik...makanan pun best...penceramah pun agak best jugak...

cONFIUS La

Sepanjang separuh hari aku dihabiskan untukmeeting.
Apa yang berlaku dalam lab pun tak taU. Langit runtuh pun aku tak peduli dah.
Hari yang sungguh mencabar untuk aku hari ni. Dalam masa tak sampai 2 jam terpaksa menentukan kehidupan aku selepas ni..Banyak pro n cons.
Semoga hari esok akan mEmberi harapan dan kehidupan baru bagi aku.
Moga"NUR" yang dicari akan hadir memberi "CAHAYA" dalam hidup aku..

NUR?
tergelak Zura - ex-mentee aku di PTPL dulu. (Skang die dah keje kat HKL dah.)
Die kata Cik Nurul ni masa nak datang HKL dulu pun kata nak cari 'NUR' kat sini. Skang nak cari NUR lagi....tak jumpa2...hehehe...

farewell party

Hidup ni mpama putaran roda. Sekejap rasa happy, sedih, menyampah, sunyi,bahagia.

Tadi p Grand Season ada buat farewell party untuk semua officer yang dinaikkan pangkat. Hampir semua datang. Ada yang bercuti,sakit....biasala tu..

Ada akak yang dah lapor diri ke hospital masing-masing pun datang. Kak Malar citer kat Hospital Sungai Buluh best!
Orang-orang kat sana x nampak stress pun. Persekitaran tenang je...Parking pun tak susah..Bilik pun dapat sorang..huhu...
Kat HKL?

Kacau Orang La Plak

Bosan betul. Perut dah terisi ngan tomyam yang tak berapa menjadi. Ntah ape-ape..Bila la aku nak lulus masak tomyam ni.. Nape yang aku makan kat kedai tak sama dengan yang aku masak? Ntah la.!

Tengah hari tadi aku p pejabat patologi.Masuk je ada orang tegur
"hai, Cik Nurul"
maka..aku ngan slambe aku menjawab
"hai..."
Muka nya nampak cam familiar je..tapi tak pe lah..aku ngah kalut nak dapatkan tandatangan ketua jabatan untuk surat seminar. bukan senang nak tangkap die nih..

Beberapa minit kemudian baru otak aku berfikir..rasa cam die ni student aku kat PTPL dulu.
emm..memang betul...Aqilah.
Alhamdulillah. Dah dapat kerja. Posting kat HKL lab Mikrob katanya.

Sibuk..Buat-BuAt Sibuk..OR mEmang betul-betul Sibuk...?

Hari ni masa aku terisi sepenuhnya. Terasa masa cepat sangat berlalu..
Hari ni aku tak sentuh pun borang patient.
Tak pe..Thyroid function test die punyer turn around time(masa sampel terima sampai la result dikeluarkan adalah 3 hari...) so..esok masih ader...Insyaallah..

Hari ni aku sibuk uruskan seminar yang akan kitorang akan anjurkan untuk sume hospital.
Kali ni kitorang akan buat seminar dengan kerjasama syarikat SIEMENS...
Walaupun aku secara peribadinya tak berapa suke service yang diorang beri kat kitorang setakat ni...(sebab reagent asyik lambat jer...)tapi tak per...
Lagipun diorang nak beri kita ilmu...tak salah kita terima walapun susah skit kene buat seminar ni...

nAik Pangkat

Bestnye berada di tempat baru..suasana baru..kawan-kawan baru…pengalaman baru…
Ramai kawan-kawan yang boleh dikira OTAI di sini dah dinaikkan pangkat..mula lapor diri ke tempat masing-masing 1/10/2009

Kak norin=hospital teluk intan,Perak
Kak malar=hospital sungai buluh
Kak aisyah=hospital sipitang,sabah….sian dier…dah la.. jangan nagis lagi yer kak…aderla hikmahnya tu…
Kak huzaimah=hosp. seremban
Ting=hosp.ampang
Kak aisyah (Quality)=hosp.ipoh
Hazmer=kat hkl lagi…emmm
Kak nani=pun hkl
Razali=pun hkl

Tapi yang paling aku sedih Kak Norin dah nak pindah…

tak der lagi orang yang nak bagi tunjuk ajar kat aku…(biasa dia yang aku jadikan sumber rujukan)

sePeTAng BersaMA cheF


Buat pertama kali aku turut serta dalam sepetang bersama Chef Florence & chef ismail di Hotel Flamingo, Ampang..

hehehe....

TiMe sLEEp

Ari ni dapat time sleep stengah hari...Batuk,selesema,pening, demam skit2....tapi yang kroniknye batuk la...

Arini rasa cam lambat betul....sume lambat...
Bermula dengan inet yang x ble nak connect ngan mesin architect sampai la validate result dalam LIS. LIS tersangat la lambat..(tu tanda2 awal akan offline la x lama lagi)...sampaikan aku rasa 1 result patient ambik masa satu 1 minit...
sepatutnye validate result 2 badge sempat satu je..tambahan pulak keadaan aku yang asyik terbatuk2...rasa nak termuntah pun ada..Nasib baik inet dah kembali cam biasa...

tengahhari tak tahan dah rasanya, aku p OPD p jumpa Dr Hari...

x bLE Nak FoKus DaA...

MACB hari ketiga tapi hari kedua bagi aku. Topik2 yang ada dalam tentatif boleh dikatakan semuanya best belaka. Tapi fikiran aku tak ble nak fokus sangat..asyik pikir pasal........
Tapi ala...buat bodo je lah...benda remeh...

Manusia ni suka sangat besar2kan benda remeh-temeh..Orang macam ni rasanya tak berapa sesuai untuk dibuat kawan..nanti berjangkit..sama dahsyatnya penyakit berjangkit H1N1..
lagi teruk aku rasa...


yang paling aku nak gelak..(bukan nak marah)...katanya kulat2 kat makanan ble dapat H1N1...

ITULAH ORANG KATA KALAU X TAHU, TANYA...JANGAN CAKAP CAM TAHU SEGALA..DIRI SENDIRI JUGAK NAMPAK BODOH DI MATA ORANG YANG LEBIH TAHU!!!!

Arini pun ada penceramah yang x dapat present coz positif H1N1. Rasanya dapat H1N1 lagi baik dari dapat penyakit hati cam die ni!

Tapi x pe...mungkin die tak tau perkara yang sebenar...aku pun tak nak bazirkan air liur nak xplain.Moga ALLAH akan sentiasa memberi kesabaran pada aku yang dhaif ni...

Yang penting arini aku memang kenyang dapat makan freee....yang paling penting dapat makan sate yang dah lama aku kempunan...

Tapi ilmu baru pun banyak gak dapat...Patutla setiap tahun sume orang berlumba-lumpa nak mai MACB. Walaupun yuran agak mahal...Tapi I tak kisah..ade org sponsor...Terima kasih...

HiduP uNtuK memBeri?

Terasa hiba seketika bila mendengar luahan perasaannya..Mungkinkah sudah ditakdirkan begitu??
Bila mendengar kisah duka dia, baru aku sedar bahawa samaada lelaki ataupun wanita perlu untuk memberi dan menerima dalam sesebuah perkahwinan. Seorang kawan yang agak baik dengan aku bercerita tentang perkahwinannya...perkahwinan yang telah roboh kemudian dibina semula dengan orang yang sama atas kehendak orang tua....Walaupun orangnya kelihatan ceria di pandangan mata kasar...tapi hatinya menangis Tuhan saja yang tahu....

Dulunya sebelum berkahwin sangat akrab bagaikan tidak boleh dipisahkan. tapi bila sudah berkeluarga, sudah tahu luar dan dalam, sudah tidak ada lagi rasa hormat pada suami.Dalam bercerita dia sempat berjenaka lg. Walaupun ianya hanya dibuat2-buat...

Adakah kerana perkenalan yang agak lama menyebabkan rasa hormat itu terhakis..?

Dan sesekali cerita ni menyedarkan aku akan sesuatu....

Betapa Indahnya Islam mengatur hidup umatNYA

dI sini aku sertakan sekali sedikit pesanan tentang Bagaimana Bercinta Cara Islam?
>



khub-bu bermaksud cinta,kasih

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Subhanallah...Moga ALLAH ampunkan doaku yang telah lalu.......

AStaGfirullah...

ASTAGFIRULLAHALAZIM..

Rasa cam nak mengamuk je hari ni..

Baru beberapa minit yang lepas ada sorang dari company datang bawak reagent & control.

nAK dijadikan cerita adalah salah satu qc tu dah nak expired bulan ni...atau dengan kata lain hanya boleh pakai dalam masa tak sampai sebulan je lagi...So..aku nak reject la...

Si India ni plak mungkin x berape paham bahasa melayu kot,, berkeras x nak bawak balik benda tu kat company berkenaan..beria2 suruh amik semua...susah nak pulangkan balik la..itula..inila...macam2..

yang paling menyakitkan hati, dah dapat DO tu..kene la check, X nak bukak pulak kotak tu... Pastu suruh aku sign..BANYAK CANTEKKKK!!!

Nasib baik Kak Norin ada...die lembut sikit...suruh die handle... kalau ikutkan hati panas aku memang nak kene mamat ni...TENSION !

ngah PikiR

Kekadang aku naik bosan ngan WIMAX ni..Menyakitkan hati betul!! Tapi ape-ape pun terpaksalah bersabar..
Tadi dalam bilik ada akak asyik tanya aku..

' nurul, you setuju tak pasal partial shift tu?

Aduh...
Sememangnya nak kata tak setuju tu..mungkin x jugak...nak kata setuju pun tak jugak...
Bagi aku, kalau dah menjadi itu salah satu tanggungjawab aku..terpaksa dan redha la...
Tapi kalau x jadi partial shift lagi baik..susah sikit nak balik malam2 ni...

Kak Kumari kata hari Jumaat kitorang akan bincangkan pasal benda ni...
Majoriti tak setuju...
emm...Tengok lah camana perbincangan nanti...

Tadi aku ada borak2 ngan kawan2 sambil menahan sakit kepala..tak tahula kenapa tiba2 sakit kepala..
Borak2 tentang halatuju Jabatan Patologi..itulah tajuk yang boleh aku simpulkan dari isi borak2 kitorang tadi..
Entahla..rasanya kitorang ni masih kelam kabut dari segi pengagihan tugas, pengurusan...
Terdapat sikit pertindahan tugas..entah ape2...
Esok kene p Symposium plak dah....
Duit pun makin susut..
ngah menghitung hari bahagia ni...25hb jun 2009-GAJI

jUst SeseKali teringat

KurSuS BuDaYa KorPOrat


x tau aku duk menung ape????

Kumpulan yang paling meriah sekali

ParTial Shift???

Emmm..


Arini aku dapat call dari kak huzaimah dari padeatrik..
Katanya kitorng akan start buat partial shift...
atau dengan kata lain kitorang akan sambung kerja dari kul 5 hingga 9 malam..

Aduh..

Berdenyut jugaklah kepala aku arini...
Bagi aku yang masih single ni mungkin x terlalu menjadi beban..lagipun duk kat umah pun bukan buat ape pun..
Tapi bagi ibu2 agak terbeban jugak lah...

Lagipun kalau keje lab sendiri suasananya lain dari lab orang lain..
Nak buat kerja pun tak la janggal sangat.

SecEbiS LuAHAn PeraSAaN

Sepanjang aku duk sini banyak benar manusia2 bernama isteri yang menceritakan tentang keburukan pasangan masing2...Sampaikan sampai satu tahap org yang mendengar tu semacam nak tengok je camana jenis rupanya si manusia bernama suami itu...

Bukankah sebelum kahwin dulu berjanji konon2nye sanggup buat ape sahaja untuk pasangan masing2...Tapi bila dah kahwin, buat air pun dah malas....Rasanya tidak salah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang ketiga dengan harapan org ketiga boleh memberikan idea or sedikit sebanyak boleh meleraikan kekusutan yang ada....Tapi bukan menceritakan pada umum akan keburukan pasangan masing 2...

Manusia....



Mungkin aku tak merasai alam rumahtangga...tapi secara logiknya macamtu la..
Aku belum cukup kuat untuk memberikan pandangan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ni..aku tau kalau aku memberikan komen pasti suara2 syaitan yang keluar dari mulut manusia akan menyanggah kerana diri ini yang masih belum sampai seru...Tapi....Tepuk dada tanya selera...

"Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing. " (petikan berita harian; 09.06.09)

Seterusnya, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, aku teringat beberapa ayat yang aku baca dalam novel ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Aku bli dilu...


"Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!"

Hanya Tuhan yang Tahu....

Masih menCarI??

eM...
Masih mencari Thumbdrive aku yang hilang...
dua-dua skali plak tu...Ape taknye aku ikat dua2 skali..
Mula2 aku x rasa penting sangat..
Tapi baru teringat tentang prosedur manual kerja untuk LIS yang aku kne review..
Aku dah siap hampir 90%..jjust need to touch up je..
Serabut betulla....x jumpa lagi ni...
x tau kne present benda ni bila...aku rasa minggu depan..macana ni????????????
Harap2 aku ada TERsave kat pc mana2..
Tapi aku rasa cam TAK!!!!!!!!!!

BenGkel enDOKrIN

Alhamdulillah..
sume dah selesai..
arini lab aku buat bengkel Endokrin 2009-Fertiliti.
Walaupun dapat budget ciput yang amat, tapi nasib baik sume ok n makanan yang aku tempah pun arini sodap.hehe

Setelah aku dan kengkawan bersusah payah hampir sebulan, berbaloi dengan penyertaan dari sume lab n penceramah.
walaupun pada mulanya agak stress ngan penceramah dari Pakar O&G, sekejap ble dtg kejap x ble,
Tapi akhirnya die datang gak.
hepi gak sebab bukan senang dia ble mai.B
Pagi tadi pun die msg terperangkap kat emergency department, emmm...tapi nak buat camane..kene paham la keje die camana..

Pagi2 lagi aku sedikit stress ngan cpu yang tiba2 x leh bukak windows langsung..
ei..masa ni jugak la die nak ko. semalam ok je..

tapi nasib baik ada hero..Dr Sham bawak turun CPu dalam bilik aku.
Terubat rasa marah kat die coz datang lambat sedangkan sepatutnye die yang prepare tempat n PA system. Akmal sakit ye...siannye...

Dr Zu tanya kenapa kali ni bengkel meriah skit?
Ye la...tahun lepas Ketua Jabatan komplen...huhuhu..

Untuk ari ni sume tugas aku dah bagi2kan...x tau sape yang jaga lab..tapi yang penting aku dah buat list sape2 dan masa bila kene standby kat lab..sape yang liat tu, kalau ade ape2 jawabla sendiri...

Tapi untuk tahun depan aku rasa kene bahagikan tugas dengan lebih sistematik. x delah terbeban pada org tertentu saje...lebihkan penyertaan dr MLT untuk tugas2 penting.

Tp, dr feedback yang diterima sume kata ok.emm..ok lah tu.Habis dalam 3.30pm. Selesai satu kerja!

Tpi x abis lagi! report aku kne buat plak...nak membuat grf tu yang paling remeh skali.nak key-inkan maklumbalas peserta...aduh...

Ngah aku duk sedap2 siap2 nak balik, semak2 buku WHAT TO DO. Alahai banyak kerja lagi nak kene buat..

Yang paling aku terperanjat, aku lupe nak call penceramah untuk kursus keselamatan jabatan!
Nasib baik si Azwa x balik lg,sempat mintak aturcara n mintak no phone penceramah ngan abg Nizam. Tp bila aku call, x terjawab plak...Alamak..ada 9 hari je lagi. tolak 2 hari minggu, 7 hari je... minggu depan plak kene p Melaka plak 4 hari...Kursus keselamatan pasal hazard. lepas tu dah pergi, Puan Cheng(Pegawai Keselamatan Pekerjaan) kata '' lepas pergi kursus nanti u kene tolong i ye nurul pasal chemical ni''. TOLONG tu maksudnye aku kene buat sume la..biasa la.Aduh..Sakit pale..chemical kat Jabatan ni banyak oooo. Tapi ape2 pun Hari senin kene call gak penceramah.tinggal sehari je minggu depan!!!!!!!!!

IT’S ALWAYS BETWEEN YOU AND GOD – MOTHER THERESA

• People are often unreasonable, illogical, and self-centered; forgive them anyway
• If you are kind, people may accuse you selfish, ulterior motives; be kind anyway
• If you are successful, you will win some false friend and some true friends , succeed anyway
• If you are honest and frank, people may cheat you; be honest and frank anyway
• What you spend years building, someone could destroy overnight; build anyway
• If you find serenity and happiness, they may be jealous, be happy anyway
• Give the world your best anyway

You see, in the final analysis, it’s always between you and god; it was never between you and them anyway

Day 2

Hari ke-2 kursus. best gak.
emm..
Kuliah pertama Matron Shamsiah lebih menekankan tentang 10s.
10S biasanya dipraktikkan oleh nurses.
Tapi profesion lain pun bleh gak guna..memang berkait pun.
Walaupun tajuk ca boring, tapi mungkin matron ni seorang yang terlalu banyak pengalaman, cara penyampaiannya menyebabkan aku rasa tertarik...
Dan..
Sesekali membuatkan aku terfikir, Alangkah bersyukurnya aku sebab tak jadi nurse. Disebabkan kesilapan kita yang sedikit boleh menyebabkan kematian pada orang lain.

Ingat lagi dulu aku, b4 masuk matrik, aku pernah hantar borang kat KUSZA untuk amik diploma nurse.
hehehe..dulu aku minat gak jadi nurse. Nampak orang yang jadi nurse ni...baik2 je..comel lak tu...kuakuakua..nasib baiklah tawaran masuk ke matrik datang dulu...kalau tak aku dah selamat jadi nurse dah..

ceramah ke-2 x berapa best sangat. ceramah ke-3 best! ESQ
Dr Roslan yang bagi talk tu.
ceramahnya berkisar tentang satu cerita.
die ceritakan kisah tu then terangkan maksud yang tersirat.
Majoriti yang diceritakan hampir berkait dengan hidup aku.

Tapi yang paling aku dapat ingat ialah dia tanya

Pernahkah kita rasa ALLAH pernah melupakan kita walau satu saat?
Pernahkah dalam saat2 dalam hidup kita pernah melupakan ALLAH ?

Tepuk dada tanya iman..

Antara lesson learnt yang aku dapat:

  • berusahalah untuk memaafkan seseorang walau ia sangat pahit sekalipun
  • perkara yang lepas/telah berlaku, jangan difikirkan lagi tapi perlu dibuat sebagai pengajaran
  • perkara yang akan datang jangan difikirkan tapi perlu dibuat perancangan
  • tumpukan ape yang berlaku sekarang; body,soul and mind centered
  • setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. kerana sebelum dilahirkan lagi kita telah ditentukan kehidupan kita, tapi hanya kita yang mampu mengubah semuanya dengan izin ALLAH.
  • terima segala apa masalah atau yang telah berlaku dari sudut yang positif
  • jangan difikirkan pengalaman pahit yang lalu kerana ia hanya akan membuatkan kita lebih sakit dan merana
Banyak lagi sebenarnya yang boleh diambil pengajaran. tak tau nak taip ape dah.

Watch this Surat Dari Ibu.. Moga mendapat pengajaran dan keinsafan



BaCk tO wOrK

Dah lama rasanya aku bercuti. Time kasih la pada akak yang tolong cover kerje aku ..heehe..
Arini aku start keje balik..

Pi kursus kat IPK Bangsar..Thanx to kak kumari coz sanggup kol aku kat kg bgtau pagi2 ni ada kursus...

Kursus penerapan budaya korporat dan pengukuhan soft skills

Sepanjang hari ni memang banyak sangat yang aku belajar...
bukan benda baru sebenarnya,...tapi benda lama yang telah lama dilupakan...

Di awal pagi minda aku yang sedikit mengantuk sebab baru balik dari kampung pagi tadi dah dibelasah teruk dengan aktiviti yang diberi oleh Dr Nor Filzatun Borhan..
Lebih kepada penerapan Budaya korporat iaitu penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan...
Lebih kepada aktiviti kumpulan...dan aku rasa akulah yang paling muda..yang lain sume otai2 belaka...rasa segan pun ada..
tapi kata orang, jangan segan untuk menuntut ilmu..betultak..?

Die juga ada mnyentuh jenis2 minda...ada 5 dan ada menyentuh sedikit kaitannya dengan keagamaan.

B4 balik adalah ceramah dr Puan Nuriza. Banyak benda tersirat yang aku dapat...

Lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa tak kiralah diwaktu kerja atau waktu senang. dan teringat satu surah dalam Quran yang dulu sangat popular tentang masa ni.

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)



Kita sering mendengar orang menyebut dan bercakap tentang ayat di atas. Seingat aku masa aku kat sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan ayat-ayat ni. Tapi.. semakin lama ayat-ayat ini seakan makin hilang dalam ingatan...(aku la ni....bercerita tentang diri sendiri)

Adakah kesibukan kerja telah semakin menjauhkan aku dari DIA?
Masih adakah tempat untuk NYA mengampunkan aku?
Masih adakah cintaNYA untukku?
Masih adakah keampunan untukku setelah menggunung dosa yang telah aku lakukan?
ASTAGFIRULLAH...betapa aku hamba yang berdosa!


WaNitA VS sEmAlu...

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

LuncH Talk

TeNgahari aku p lunch talk tentang pengurusan jenazah oleh Jbatan Perubatan Forensik,HKL.
Penceramahnya Tuan Hj Abu Bakar Lajis.
Best dan banyak benda yang aku dapat..Dengan gaya penyampaian yang berkesan Tuan Hji berjaya memikat perhatian aku n the geng yang tengah melawan rasa mengantuk dek penangan nasi td.
hehehe...
Lawak nye bersahaja tapi penuh dengan makna dan sindiran...Itulah gaya orang lama..Penuh dengan hikmah..

Ape yang aku dapat?
Dapat tahu skit sebanyak tentang prosedur dan borang yang digunakan...(x pernah berurusan ngan forensik berkenaan dengan mayat..x tau la...dulu ngan sampel je..)

Die ada cerita kalau mayat orang Islam akan disimpan selama 3 hari..kalau tidak dituntut selepas tu akan dirujuk kepada JAWI..
Kalau bukan islam akan disimpan selama 14 hari dan jika tidak dituntut slps tu akan dihantar ke tempat pembakaran..
dan hanya dr yang kerja di hospital kerajaan sahaja yang boleh sahkan kematian semasa dr tu ngah bekerja atau bukan waktu kerja pun ble..

Selaintu, banyak cerita pasal hal2 yang berlaku semasa tuntutan mayat oleh si waris...
Dia ade cite pasal keluarga yang ada gaduh2 berebut mayat, pasal mayat hilang, pasal perempuan terbang...hehe...ni yang paling lucu...

Tapi aku respect la sape2 yang kerja kat forensic..menguruskan jenazah..bukan calang2 org bleh buat...





BudaK TadIKA

Suatu pagi yang hening di sebuah tadika..

CIKGU
: Baiklah anak-anak, pagi ini kita akan belajar mengenai bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

FAIRUZ
: Kok kokk kokkk!!!

CIKGU
: Bagus Fairuz. Siti, buat bnyi kucing pula. Siti: Meowwww...

CIKGU
: Amboi, manjanya kucing tu ye..Udin, macam mana pula bunyi buaya?

UDIN
: Fewiiittt! Hai cik adik, seorang je ke...? Abang temankan boleh...

CIKGU
: Buaya apa tu Udin??

UDIN
: Buaya darat cikgu!!

(rapi,bil 113)

SedIH...OR..hEpi

aTAu

Aku sendiri pun tak pasti...
Petang tadi aku tepon kementerian bahagian pertukaran...
Itupun si Hairul yang tolong ingatkan..
Thanks Hairul

Dan..
Jawapan yang aku dapat...

Mintak maaf Cik Nurul, awak tak berjaya kali ni..
awak baru setahun lebih kerjakan?
Lagipun awak masih single lagi kan.
Kementerian makin strict tentang pertukaran skang.
Kene kerja at least 3 tahun baru ble tukar.

Em.. kecewa kah aku??
Aku bagitau Kak Kumari pasal ni, die kata
ha nurul, u kene kawen cepat2 la kalau nak tukar.

Em...bukan senang nak kawen ni akak oiiii....Tambah plak kalau dapat pulak yang langsung tak menghargai dan kaki betina plak....Ya ALLAH..jauhkanlah..

Namun jauh disudut hati aku aku bersyukur kerna ALLAH telah menolong aku untuk membuat keputusan. Dan...bila dipikirkan balik memang banyak benda yang belum selesai kat sini...

Aku bukan nak tukar sangat dah skang...Tapi bila balik umah aku rasa bosan mulalah pikir alangkah bestnya kalau bleh balik kamapung...
Tapi...
Bila kat tempat kerja, semangat nak balik kampung tu pudar...

Ntah ape-ape la ko ni NURUL....tapi...ape-ape pun ALLAH lebih mengetahui....



KeNaPA???

Aku selalu mengharapkan orang yang mengenali aku dengan sesuatu yang sama dengan apa yang aku berikan..
Ini buka dari segi kebendaan...
Dari segi
keikhlasan...
rasa setiakawan...
kejujuran....
rasa hormat....
rasa dihargai...
rasa kehadiran...


tapi...
secara diam harapan ini lah yang telah menyebabkan aku ingin makin jauh dengan orang tu...

Salah kah aku?

Tapi aku cuba untuk hilangkan rasa BENCI, MARAH, MENYAMPAH, MELUAT....
Walaupun aku tahu orang2 tu berpura-pura..manusia yang bertopengkan musuh ALLAH...
Namun aku redha..

Betulkah orang kata kesabaran manusia ada hadnya??????
Ya...mungkin sebab kata2 itulah yang membuatkan aku semakin hari semakin menunjukkan belang...hehehe..

Aku sendiri pun dah mula perasan...
Kat tempat kerja pun aku skang dah lebih open untuk bercakap...x tahan dah...Biadap sangat.

Skang ni aku perlu fikirkan tentang diri sendiri..
ya..kalau dulu aku susah nak kata tak nak..or..tak boleh...
Tapi skang....mungkin aku dah makin matang...
Buat ape berkorban untuk orang lain tapi akhirnya diri ini jugak yang diburukkan, dikeji,
diri ini juga bersusah payah, tapi diri ini jugaklah yang yang diperbodohkan...

BodohKAH aku kerana slama ini tak mengenal yang mana lawan mana kawan?

Moga ALLAH bersihkan hati dan fikiran aku dari kekotoran.


BaRu peRAsaN

Emm. malam ni baru aku perasan sesuatu..
Dah beberapa bulan aku tak beli buku..
Tapi sebenarnya dalam simpanan pun masih ada 2 3 buah buku yang tak terbaca...
Entah la.. Skang dah rasa makin malas nak baca buku...
Hari2 biasa..Balik pun dah malam...terus tido..
Tapi sebenarnya...kalau betul2 nak baca boleh je .....
Tapi aku ngah tunggu pesta buku di PWTC bulan ni...
kalau tak silap 16 - 26 kot...tak pasti plak...tapi lebih kurang tarikh tu la...

ConFiUs LaGi???

Cam biasa pepagi duk validate result thyroid..
banyak ari ni coz semalam aku tak masuk lab pun...

Aku masih pikirkan hal pindah aku ni..
Tadi pi kat bilik pegawai sains kat belakang...bagitau hal pindah aku ni...
Diorang banyak bagi nasihat...
Aku makin jadi serba salah....

Diorang suruh pikir masak2 sebelum buat keputusan...
Namun ape yang aku mampu buat adalah berdoa moga ALLAH berikan yang terbaik untuk aku...
...
Sabda Nabi:
Sesungguhnya dlm Jumaat terdapat satu saat jika org Muslim berdoa & bertepatan dgn saat itu,nescaya diperkenan doanya. Saat itu sgt pendek~Muslim

KoNfIUSnye..

Arini aku sepanjang hari training LIS. Training ni untuk lab manager bagi LIS. Bagus gak..banyak ilmu aku dapat..nanti LIS down tak delah aku nak pi panggil org dari frontech lagi...

Masa ngah rehat...
Kak norin bagitau pn raja elina tanya nak aku nak pindah ke tak..
Esok ada meeting pertukaran..dia salah seorang yang bertanggungawab untuk pertukaran bagi pegawai sains...
Aku jadi serba salah...
aku sebenarnye dah makin selesa duk sini...
masa aku pun dah makin terisi...
Masalah dah kurang..

Tapi kalau dapat pindah ke KT ..huh..alhamdulillah....
memang itu yang aku nak sebenarnya...
dua-dua aku suke..
So..aku amik jalan yang terbaik...
Tak payah p jumpa pn Raja Elina...
Aku berserah sepenuhnya pada yang Maha Mengetahui,...mengaturkan hidup aku...
lagipun hanya DIA yang Maha Mengetahui ape yang akan berlaku di kemudian hari..
Hanya...
yang mampu aku lakukan adalah berdoa..
Andaikata hidup aku adalah terbaik di sini...biarlah aku terus di sini..
Tapi..
Andaikata aku terbaik pindah terengganu...insyaallah aku akan dapat pindah jugak...

YA ALLAH...Berilah yang terbaik untukku...

CHattING

Aku baru je lepas chatting ngan sorang hamba ALLAH dari klantan..
nampak gaya cam ustaz..ngaja bahasa arab kat kb. Dah berusia..
tapi masa ngah chatting2 tu... dia ada bagitau....

''Allah berfiman"Semoga apa yg kamu benci itu menjadi kebaikan pada mu, dan semoga apa yg kamu suka itu menjadi keburukan pada mu", Dia juga ada bgtau yang orang mukmin tidak boleh putus asa.''

Terasa cam sedih plak.. teringat kisah lama...
Memang betulla...apa yang kita paling suka tu la yang akan kita benci...Sebabtu orang kata jangan terlampau suke sangat pada makhluk ALLAH...kelak kita akan membencinya...

Tapi yang aku perasan orang lelaki hampir sama...

Bermulut Manis...
Adakah sudah diciptakan sebegitu?
entah la..tepuk dada tanya seleras..
adios..jongos tul

KuRsUs d POrT DiCkSoN

Alhamdulillah..lega rasanya dah balik umah.. tapi rasa cam nak p PD lagi je..rasa cam tak cukup..hehehe...
aku baru balik PD ada kursus kepimpinan anjuran kementerian belia dan sukan..
BEST...itulah klasifikasi yang aku ble bagi kat kursus ni...
lagipun aku dah lama x p kursus cam ni...
Paling last p BTN kot...





Banyak info yang aku dapat...
sebenarnya kementerian belia dan sukan ni banyak buat aktiviti untuk belia2..tapi ramai yang tak tahu...termasuklah aku...

Ceramah tak banyak sangat tapi lebih kepada latihan dalam kumpulan...(LDK)..
makan pun best...hehehe...free...best la..

1,2,3 mei nanti akan ada kem jati diri...tak tau lagi nak pi ke tak... kalau aku oncall x leh p lah..
cam best je...ntahla...

Banyak kenangan kat sana...
Yang paling tak ble lupa..pengalaman tengok Hairul lemas kat swimming pool...
Dahsyat...sekelip mate je berlaku...
To hairul..
lain kali jangan lupe pesan mak....
ingat...awak tu dah nak kawen 2 bulan lagi....jaga diri baik2...hehehe...

Pastu tak leh lupa gak aku berlawan cakap ngan fasilitator..orang kelantan..KEREK .
hensem gak..hehe..tapi hensem saje tak de budi bahasa buat ape...
membuatkan aku makin meluat ngan lelaki klantan ni...
aku bukan melawan ape...dia tuduh kitorang (dari HKL) benda tak betul..
aku ape lagi...terus je lepas die malukan kitorang kat dalam dewan tu..aku dengan berlagak cam HURK,...terus jumpa die...
pastu ape riaksi die...????

emm...hehehe...tererlah NURUL..
merah padam la....termalu sendiri....
padan muka...
moga jadi pengajaran untuk die...
dah la masa ngah buat ceramah guna perkataan yang tak berape elok...
kata dah banyak kali buat ceramah...buat training tapi kenape masih guna perkataan yang tak sepatutnye?


tapi apepun...terima kasih buat fasi2 yang baik...dan telah menjadikan aku seorang yang berani untuk menegakkan benda yang betul...cayalah.........

Tak lupa gak pengalaman kene marah sebab ada student yang buat latihan industri pergi skali balik kg sebab mak die sakit tapi tak bagitau fasilitator...
Hai...aku gak yang kene...

Tapi si fasi si budak kelantan ni marah2 sampai nak bagi surat kat ketua jabatan kitorang...bagila...tak takut pun...
kuakuakua...

Sebabtula die slalu cari salah kitorang spajang kursus ni...
Tapi last2 datang tanya masa tunggu bas nak balik ke kl....dari mane? dah berapa banyak kali. Dah cakap dari HKL...
Dah berape kotak hisap rokok sampai dah banyak kali tanye x ingat2 jugak...????? Ish.
Siap bagi name kad lagi...kalau rasa bersalah tu, mintak maaf je lah...susah sangat ke????

gambar kat atas ni masa aku buat public speaking. stiap orang kene buat public speaking. aku buat tajuk "betulkah belia tidak suka berpersatuan?.." emm...kembali ke zaman sekolah plak..



x cUkUp reHaT Ke?

Emm..hari paling lengang sedunia..
Tak de ape nak buat pagi ni..
Lab pun lengang..
ada pi makan..

Aku?
Hari ni tak ade result untuk di valiidate.
Semalam aku dah validate 2 hari sekali gus. kebetulan mlt siap cepat...
Lagipun aku nak kejer takut tak sempat ari ni nak p PD.
Ada kursus kepimpinan anjuran belia wilayah persekutuan.
emmm..saje je nak pergi..lagipun free..
Tapi maknanya aku tertinggal kelas la Sabtu ni..

Semalam pun p kelas sejam lebih je..tak tahan la..
Kene balik rehat..badan dah bagi signal x sihat..nanati teruk susah lak..

YAAA...musim orang kawen datang lagi...dan ramai kengkawan yang baru kawen...
Salah sorang nya...housemate yang paling baik ngan aku masa blajar dulu...Puan Nurulamaliah @OWN..
tak sangka orang yang selalu tido sblah aku dulu akhirnya dah jadi isteri orang..
Tahniah buat own..moga bahagia selalu dan sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki..
Sori x ble datang kenduri coz terpaksa balik kampung untuk kenduri arwah ayah..
CUNNNNN......



Tak lupe gak kengkawan lain yang dah selamat mendirikan rumah tangga...
Antaranya...
Nor (ptpl dulu), noreen n hisyam (upm), mazlina (sek rendah dulu), suhaili(mrsm dulu).
Jutaan maaf sebab sumenya aku x ble pegi kenduri...
apepun hanya doa saja yang dapat dikirimkan...
Moga kekal abadi...amin...

jatuh cinta?

Baru-baru aku ada dengar lagu Muadz. terasa cam dah jatuh cinta pada alunan muzik yang dibawa.
Mungkin kurangnya lagu2 berilmiah cam dia ni.
Majoriti tentang cinta...

Pertama kali dengar MUADZ ni menyanyi dalam konsert Jom Heboh kat TV3.
itulah pertama kali dengar nama n dia menyanyi..
Secara ikhlas pada waktu tu hati aku kata apelah dia ni nyanyi ntah ape2...
tak best langsung..hehehe

tapi kali kedua aku dengar masa naik kete ngan dr Syikin n family on the way nak pi kenduri aqiqah anak dr sham. bila dengar hampir semua lagu ....terasa cam best plak..

tapi aku anda intai kat kedai tak de pun album die ni...

Ada satu lagi album yang betul2 aku nak cari..bukan sekadar hiburan hawa telinga, tapi untuk hiburan rohani jugak...
Xifu dan The Algebra
Aku ada surf blog org yang penah dengar katanya hampir semua lirik-lirik lagu nyanyian Xifu & The Algebra ni diambil bulat-bulat dari hadis Rasulullah! Atau lebih spesifik, himpunan hadis 40 oleh Imam Nawawi. SubhanAllah...

Maksudnya kalau orang dah hafal sume lagu2 dalam album ni maka dah hafal hadis2 Rasullullah...
Tapi aku tak tau nak beli kat mana...

upgrade diri

Sesekali aku terpikir camana nak mengisi ruang masa yang ada. Kekadang duk rumah pun asyik tengok tv…tido…menung…alhamdulillah, masih ada masa untuk termenung…hehehe..

Tak tau camana aku terlintas untuk upgradekan diri nak pi belajar jahit…
Belajar atas pengalaman orang lain….tengok akak aku tak yah susah2 hantar jahit baju raya, baju sekolah anak2 n suami sendiri…baju sendiri apatah lagi..

Tapi aku??....Kalau tahu jahit, bleh save duit untuk jahit baju sendiri pun jadilah..hehe..
Tengahari tadi blajar jahit manik ngan Kak Norin…senang je..tapi perlu kesabaran agak tinggi yang perlu dipupuk.hehe..

Sebelum ni aku penah cuba sorang 2 dalam bilik jahit manik kat lengan baju…
Tapi jahit dah dekat separuh, manik plak tak cukup. Lemahkan semangat aku je...pastu tinggal je...hangat2 tahi ayam betul..

Tapi aku akuilah memang remeh skit buat tu..tapi cara Kak Norin ajar tu lagi senang dan comfirm aku ble habiskan tak sampai sejam setengah la..emm...yer je aku ni......

Ari pun aku dah start pergi kelas jahit..
4.30 aku dah start kuar dari lab. Hujan plak turun lebat sesangat siap ngan guruh lagi tu..macam tak nak bagi aku p blajar je..lalu ikut UKM nak pi Chow Kit, baju aku habis lencun. Macam orang mandi..dahsyat betul!!!

Dekat je ngan monorel, aku terpikir nak pergi ke atau terus balik..ye la...baju basah yang amat..nasib baik aku pakai baju yang stail songket, tak nampak sangatla...
Tapi aku terpikir, kalau tak pergi ari ni, aku nak pi ari ape plak...sebab hari ahad tutup..hari sabtu, masa untuk rehat....hari lain dah ada kelas untuk lain, Cuma ada hari ni ngan khamis je...rabu aku free tapi kelas ni tutup plak..

Sampai kelas tak de orang pun Cuma ada cikgu yang ngajar ngan sorang lagi student yang dah mahir kot...
Best gak..
Kene lukis pola, pastu buat pola untuk skirt sendiri, last skali gunting kain..
Tapi aku tak bawak gunting kain sebab ingatkan kene blajar buat pola sume dulu baru gunting2...rupanya lepas buat pola terus gunting..
Nasib baik bawak gunting kertas..buat sakit tangan je..tapi apepun memang best ah...
Tak sabar nak jahit baju sendiri...
Huh..berangan!!!!!

Betulla kata alim ulama; al-quran itu penawar hati..
dikala kesedihan ia merupakan ubat yang paling mujarab


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #57)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Harini keje cam biasa. dah rasa sedikit ketenangan mungkin dah rehat 2 hari tak buat ape kat umah. keje pun aku rasa malas nak buat. komputer tak cukup. yang rajin pun jadi malas!

fazlie...

Semalam aku pergi tengok kawan kat wad psikiatrik...
sian dier..mungkin die dah tertekan agak lama keje kat sini..
seingat aku dulu, dia baik sangat ngan aku..selalu la ngusik masa aku lalu2 dalam core lab..
last2 semalam aku dapat tahu minggu lepas ada dr kat sini refer die ke wad spikiatrik.
dengar cerita minggu lepas die mengamuk tumbuk2 tempat punch card dan barang2 lain..
x sangka..
semalam pi melawat die..
kenal aku lagi..
ei..kak nurul...alhamdulillah..
tapi aku nampak mata die layu semacam je...
mungkin sebeb treatment yang die terima kot..
masih boleh borak macam biasa..
tapi banyak luahan perasaan la..
mak die bagitau aku, masa mak die tanya ada masalah tak die x jawab pun..
cuma bila dah masuk wad ni..bertemu ngan kitorang datang melawat, barulah die luahkan sume...
memang dah pendam lama dah tu..

aku??
mungkinkah suatu hari nanti aku pun akan pergi sana?
aku pun banyak pendamkan perasaan dari tempat kerja lama sampaila masalah aku skang..
Ya ALLAH..jauhkanlah...
sebabtu skang kalau ble aku cuba untuk balik umah lewat2 skit..
bila duk umah aku akan secara automatik terpikir pasal masalah aku..
aku selalu ingatkan pada diri sendiri agar selalu pikir yang baik2 tentang apa yang dah jadi..
mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
tapi aku hanya manusia biasa..
setiap insan dalam dunia ni pun akan rasa apa yang aku rasa kalau kene tipu!!!
tak sangka keikhlasan aku dulu akan dibalas dengan tuba.
moga ALLAH ampunkan dosa aku dan dosa die..
Sekarang ubat yang paling mujarab adalah sentiasa memaafkan orang lain...
TAPI?????
pernahkah orang lain pikir perasaan aku..???
Tak pe...Allah penentu segalanya
Bila dipikirkan balik, memang ada hikmahnya.
Tapi aku memang betul2 tak sangka...
ingatkan aku dah jumpa orang yang paling Baik dalam dunia ni,
tapi...

Aku masih ingat dulu ada sorang kakak tegur katanya aku mesra ngan orang laki dengan andaian sebab aku tak pernah sekolah agama, tak pernah sekolah dengan lelaki..
padahal aku dulu sekolah kebangsaan yang penuh dengan jantan dan betina..
dan sekolah menengah aku sekolah mrsm pun penuh dengan makhluk lelaki dan perempuan...(lembut skit la perkataannya kerana majoriti kat sana orang baik2 agamanya..)
kat sana pun aku memang terdidik dengan suasana agama yang dikira agak baik.
cuma salahnya mungkin aku jarang amalkannya lepas keje.

masa kat u pun mana ada kelas untuk pompuan saje. kawan2 pun ada yang lelaki..
mungkin akak menganggap aku begitu sebab aku terlampau rapat dengan lelaki..

tapi...
walaupun aku tak bersekolah agama aku masih lagi menghormati perasaan orang lain..
sebolehnya mengelak dari memburukkan orang lain..sebab lambat laun orang akan tahu juga kita pengkhianat kawan..
rasanya aku tak pernah never.........meduakan atau mentigakan orang yang aku aku rasa akan menjadi imam pada anak2 aku nanti...
tak pernah!!!!

namun suatu hari nanti imam tersebut aku harap dapat memberikan penjelasan untuk menjaga hati aku.
mungkin aku terlampau banyak dosa padanya sampai die sanggup ................
mungkin die ada alasan sendiri..
tapi apapun alasannya..tolongla bagitau..andaikata masih menganggap manusia bernama NURUL ini seorang manusia.

Manusia bernama nurul ni sentiasa akan memaafkan apa yang dah berlaku..
apa yang berlaku yang melibatkan keluarga, dan manusia bernama NURUL ni....

Apapun hanya doa dikirimkan moga selamat dunia akhirat

Ya ALLAH..jauhkanlah hambamu ini dari api neraka...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

penipu

YA ALLAH…alangkah beratnya dugaan mu ini…hari ni aku dapat tahu sesuatu yang tak pernah terpikir dek fikiran aku. Mungkin aku terlalu percaya dan naïf tentang sikap dan perangai manusia yang diadikan ALLAH dengan bermacam ragam. Mungkin aku terlalu percaya sehingga tidak pernah terpikir dia akan bertindak sebegitu. Walaupun rahsia ni aku dapat melalui saluran yang dikira agak salah, tapi kalau tak mungkin aku tak tahu rahsia ni. Mungkinkah ALLAH nak tunjukkan sesuatu. Tak tahu kenapa aku tergerak hati nak buat benda tu sampai aku dapat tahu rahsia ni. Memang tak sangka.Ya ALLAH..apalah dosa hambamu sehingga engkau mendugaku sebegini berat??
Tapi ya ALLAH, hambamu tahu Engkau tidak akan menduga seseorang itu melebihi kemampuan hambamu itu…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'

The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health.
`Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water,
throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and
then it's ready to eat.

This is the WRONG method of cooking the instant noodles.
By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.
The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body toexcrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD :
1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodlesoup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.

Dietician's Note:

If you buy plain hakka noodles which you make initially need to boil in water and discard the water. This will soften the noodles but to prevent it from sticking we need to add a tbsp of oil and also the noodles are deep fried partially to make it crunchy andthen dusted with flour to prevent it from sticking while boiling.

Hence when you buy the noodles they are already made unhealthy and thisis the type we use to make stir fry noodles and the regular maggi too is made the same way plus they add MSG/ ajinomoto and other chemicalpreservatives.

A large number of patient with the ages ranging from 18-24 years are ending up with pancreatitis either as a swelling or infection of thepancreas due to regular consumption of instant noodles..... If the frequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

NINE WORDS WOMEN USE

NINE WORDS WOMEN USE

(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying F-- YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.

7 wasiat untuk diamalkan

7 WASIAT UNTUK DIAMALKAN

Wahai kawanku,
usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!
berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
awasilah pertengkaran
kerana di sana ada unsur lain membisikkan..syaitan namanya

wahai kawanku,
senyumlah selalu
tapi..
bersederhanalah
dalam ketawa

wahai kawanku,
seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
tanpa serius , hilanglah kesungghanmu
tanpa bergurau, tawarlah kehidupan..
kata seorang penyair:
berikanla kerehatan pada jiwamu
yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau
mestilah dalam batasan
seperti engkau masukkan garam
ke dalam gulai

wahai kawanku..
kawallah nada suaramu
setakat yang diperlukan
oleh pendengar di hadapanmu
janganlah jadi seperti orang bodoh
bahkan menyakiti hati orang lain pula!!
Luqman al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
itulah katanya suara keldai!!!

plastik betullla...

Plastik????
emm..
semakin hari aku dah semakin kenal sikap2 plastik yang ada dalam diri orang disekeliling aku..
Kat depan bukan main lagi..
Kat belakang kalah hantu raya...
Sesekali terpikir jugak aku...
Apa yang diorang dapat dengan sikap macam tu??
dah la hati tak tenang...
asyik dapat dosa plak tu???
tak pernahkah mereka dan aku sendri terpikir atau bertafakur seketika pikir soalan aku ni???
mungkin lupa pada hari kiamat??

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #30)

manusia memang sentiasa melakukan kesalahan..
tapi janganlah terlalu tengok kesalahan orang sampai tak ada langsung ruang kemaafan..
Tapi bila aku pikirkan balik..
terasa cam orang2 cam ni cam menunjukkan kebodohan diri sendiri je kat depan orang lain..
Ye lah..
bayangkan..
Orang yang dikeji tu tak ada ape2 effect pun tapi yang mengejinya..
sakit hati sendiri..cam orang tak siuman buat muka yang ntah ape2 depan orang tu..
Lepas tu umpat keji plak..tambah dosa lagi..
tak de keje lain ka???
Tolonglah cari kerja lain...tolongla..
Inilah orang kata kalau terlampau ramai sangat pompuan kat tempat kerja...BAHAYA!!!

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.aw. bersabda:

"Adakah engkau mengetahui, apakah mengumpat itu?

"Para sahabat menjawab:
"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui."

Beliau s.a.w. bersabda:
"Yaitu engkau menyebutkan sesuatu yang ada dalam diri saudaramudengan apa-apa yang tidak disukai olehnya.

Beliau s.a.w. ditanya lagi,
"Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau dalam diri saudara saya itu memang benar-benar ada apa yang dikatakan itu?

"Beliau s.aw. menjawab: "Jikalau benar -benar ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah mengumpatnya dan jikalau tidak ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah membuat-buat kedustaan pada dirinya."(Riwayat Muslim)

Susahkah untuk berubah??

Tak tau nape???
tapi mungkin dah jadi tabiat semula jadi manusia sukar untuk berubah..
dan...
sukar untuk menerima pembaharuan...

Dari segi logiknya tak salah untuk menerima perubahan
kalau ianya amat baik untuk kita...
dan secara logiknya lagi...
walaupun berjuta tahun sudah kita bekerja,
tak semestinya cara kerja kita yang diwarisi dari dulu tu tepat dan memenuhi kehendak dan keperluan sekarang kan???

Kenapa terlalu berkira untuk menerima berubahan..
atau yang paling tepat ialah BANYAK SONGEH SANGAT???
Semua manusia dalam dunia ni x semua yang pandai..
ada tempat yang BODOHNYA..
so..kesimpulannya jangan malu atau lebih tepat lagi KERAS KEPALA and BODOH SOMBONG
untuk terima ilmu yang orang lain nak bagi...
Sesekali kene letak kat belakang rasa riak pada kepandaian diri tu...(KALAU BETUL PANDAI LA..TAPI HAKIKATNYA...????)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #120)

Tadi pergi pediatric lab..
blajar skit2 pasal lab sana.
bulan ni dah start oncall.
Aku kene pada 25.1.09, 26.1.09, dan 1.2.09
Bagusnye 2 kali je sbulan.
sebab ramai officer ble rotate.
tapi yang malasnye kene oncall kat lab pediatric.
jauh skit.

Tapi yang aku perasan tadi..
Kak Huzaimah handle sorang lab biokem tu...HUH..
Ble tabik spring la...
kerja yang kat core lab officer dekat 7 orang buat, hanya die sorang buat...
Memang sungguh penyabar...
tapi mungkin sebab kat core lab instrument banyak skit n sampel pun agak banyak n peads lab kecik skit.
kat Core lab sampel dekat 2 ribu sampel yang rutin saje..
blum campur blood gas, hematologi, body fluid, wet lab....
Tapi bagi aku..
training tadi cam ok skit sebab aku ada xperience kat core lab.
Alhamdulillah...
Tapi yang pastinya memang kene banyak blajar lagi...

Sejarah palestin dan israel

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.

Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu -

“Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Dipetik dari
http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel/

Hari dimotivasi

Hari ni Ketua Jabatan breafing pasal jawatan kuasa informasi jabatan.
Aku salah sorang yang handle pasal Buletin Jabatan.
Ada 4 benda yang penting dalam management sesuatu
P - plan to do
O - organize what to do
L - lead
C+M - controlling and monitoring

Perkara penting dalam menghandle sesuatu adalah
.......adakah orang yang kita lantik untuk berada di bawah kita tu mampu untuk jalankan tugas yang diberi
.......adakah kita boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang bawahan kita

Tadi ketua jabatan mungkin tahu kekangan yang aku hadapi tahun lepas untuk publishkan Buletin..hanya satu yang sempat keluar...ish..ish..cian tul...

Kak Ana dah pergi australia..so aku kene berdiri atas kaki sendiri nak menage benda alah ni...

Tapi apa-apun insyaallah tahun ini rasanya dengan jawatankuasa baru dah boleh publish 4 kali setahun kot Buletin Jabatan..

tapi aku tak tau sape yang patut aku pilih..
yang paling penting mestilah tahu menggunakan publisher dan sedikit rajin...

YES.......
Back to Chem Path...
Kak azwa (pengurus core lab) dah bagi green light untuk aku kembali ke chempath..
Aku??
Sebenarnya aku tak tahu sama ada aku gembira ataupun sedih...
tapi ape2 pun thax kat sume yang banyak tolong aku kat Core Lab....
Walaupun korang kat sana sebenarnya banyak conflik tapi tak pe...
kat mana2 ada sume tu..hehehe..bye.bye..
Dr Shikin suruh aku masuk seksyen thyroid...
em..bagus gak.tak penah masuk lagi..
tapi dah penah belajar..
tapi yang penting kene tahu perangai architech 2000i tu camana..
Adios..

Bulan Muharam

FADHILAT BULAN MUHARRAM

Azam..

em... Ape azam tahun baru aku tahun 2009??
Baru-baru ni aku ada tengok Dr. Fadzilah Kamsah dalam Malaysia Hari Ini
di kata
"orang yang tak ada azam adalah orang yang celaka"

Aku cukup terkejut dengan pernyataan tu...

on the spot aku buatkan azam..hehehe..

Roomate aku kat ofis sume tahu azam aku tahun ni adalah
  • kurangkan cuti - sebab tahun lepas aku banyak cuti.rasa cam termalu sendiri rasa.tapi aku amik cuti banyak sebab tiket selalu tak de..so terpaksa amik lebih cuti..tapi balik kampung penting.
  • kemaskan meja - bukan aku tak suka kemas meja...tapi aku jarang ada kat bilik...kalau ada pun pagi untuk minum pagi dan tengahari untuk makan. lagipun tahun lepas aku kat core lab. jarang duk dalam bilik. STAT plak tu. kalau jadi ape-ape..mampus aku nak menjawab..skang dah balik chem path..sronok...

Macam-macam alasan la plak aku nih..

tapi sebenarnya ada lagi azam tahun baru..Biarlah rahsia....muahaha...