Bukankah sebelum kahwin dulu berjanji konon2nye sanggup buat ape sahaja untuk pasangan masing2...Tapi bila dah kahwin, buat air pun dah malas....Rasanya tidak salah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang ketiga dengan harapan org ketiga boleh memberikan idea or sedikit sebanyak boleh meleraikan kekusutan yang ada....Tapi bukan menceritakan pada umum akan keburukan pasangan masing 2...
Manusia....
Mungkin aku tak merasai alam rumahtangga...tapi secara logiknya macamtu la..
Aku belum cukup kuat untuk memberikan pandangan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ni..aku tau kalau aku memberikan komen pasti suara2 syaitan yang keluar dari mulut manusia akan menyanggah kerana diri ini yang masih belum sampai seru...Tapi....Tepuk dada tanya selera...
"Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing. " (petikan berita harian; 09.06.09)
Seterusnya, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, aku teringat beberapa ayat yang aku baca dalam novel ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Aku bli dilu...
"Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!"
Hanya Tuhan yang Tahu....
0 comments:
Post a Comment