7 wasiat untuk diamalkan

7 WASIAT UNTUK DIAMALKAN

Wahai kawanku,
usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!
berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
awasilah pertengkaran
kerana di sana ada unsur lain membisikkan..syaitan namanya

wahai kawanku,
senyumlah selalu
tapi..
bersederhanalah
dalam ketawa

wahai kawanku,
seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
tanpa serius , hilanglah kesungghanmu
tanpa bergurau, tawarlah kehidupan..
kata seorang penyair:
berikanla kerehatan pada jiwamu
yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau
mestilah dalam batasan
seperti engkau masukkan garam
ke dalam gulai

wahai kawanku..
kawallah nada suaramu
setakat yang diperlukan
oleh pendengar di hadapanmu
janganlah jadi seperti orang bodoh
bahkan menyakiti hati orang lain pula!!
Luqman al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
itulah katanya suara keldai!!!

0 comments: