BaCk tO wOrK

Dah lama rasanya aku bercuti. Time kasih la pada akak yang tolong cover kerje aku ..heehe..
Arini aku start keje balik..

Pi kursus kat IPK Bangsar..Thanx to kak kumari coz sanggup kol aku kat kg bgtau pagi2 ni ada kursus...

Kursus penerapan budaya korporat dan pengukuhan soft skills

Sepanjang hari ni memang banyak sangat yang aku belajar...
bukan benda baru sebenarnya,...tapi benda lama yang telah lama dilupakan...

Di awal pagi minda aku yang sedikit mengantuk sebab baru balik dari kampung pagi tadi dah dibelasah teruk dengan aktiviti yang diberi oleh Dr Nor Filzatun Borhan..
Lebih kepada penerapan Budaya korporat iaitu penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan...
Lebih kepada aktiviti kumpulan...dan aku rasa akulah yang paling muda..yang lain sume otai2 belaka...rasa segan pun ada..
tapi kata orang, jangan segan untuk menuntut ilmu..betultak..?

Die juga ada mnyentuh jenis2 minda...ada 5 dan ada menyentuh sedikit kaitannya dengan keagamaan.

B4 balik adalah ceramah dr Puan Nuriza. Banyak benda tersirat yang aku dapat...

Lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa tak kiralah diwaktu kerja atau waktu senang. dan teringat satu surah dalam Quran yang dulu sangat popular tentang masa ni.

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)



Kita sering mendengar orang menyebut dan bercakap tentang ayat di atas. Seingat aku masa aku kat sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan ayat-ayat ni. Tapi.. semakin lama ayat-ayat ini seakan makin hilang dalam ingatan...(aku la ni....bercerita tentang diri sendiri)

Adakah kesibukan kerja telah semakin menjauhkan aku dari DIA?
Masih adakah tempat untuk NYA mengampunkan aku?
Masih adakah cintaNYA untukku?
Masih adakah keampunan untukku setelah menggunung dosa yang telah aku lakukan?
ASTAGFIRULLAH...betapa aku hamba yang berdosa!


0 comments: