Day 2

Hari ke-2 kursus. best gak.
emm..
Kuliah pertama Matron Shamsiah lebih menekankan tentang 10s.
10S biasanya dipraktikkan oleh nurses.
Tapi profesion lain pun bleh gak guna..memang berkait pun.
Walaupun tajuk ca boring, tapi mungkin matron ni seorang yang terlalu banyak pengalaman, cara penyampaiannya menyebabkan aku rasa tertarik...
Dan..
Sesekali membuatkan aku terfikir, Alangkah bersyukurnya aku sebab tak jadi nurse. Disebabkan kesilapan kita yang sedikit boleh menyebabkan kematian pada orang lain.

Ingat lagi dulu aku, b4 masuk matrik, aku pernah hantar borang kat KUSZA untuk amik diploma nurse.
hehehe..dulu aku minat gak jadi nurse. Nampak orang yang jadi nurse ni...baik2 je..comel lak tu...kuakuakua..nasib baiklah tawaran masuk ke matrik datang dulu...kalau tak aku dah selamat jadi nurse dah..

ceramah ke-2 x berapa best sangat. ceramah ke-3 best! ESQ
Dr Roslan yang bagi talk tu.
ceramahnya berkisar tentang satu cerita.
die ceritakan kisah tu then terangkan maksud yang tersirat.
Majoriti yang diceritakan hampir berkait dengan hidup aku.

Tapi yang paling aku dapat ingat ialah dia tanya

Pernahkah kita rasa ALLAH pernah melupakan kita walau satu saat?
Pernahkah dalam saat2 dalam hidup kita pernah melupakan ALLAH ?

Tepuk dada tanya iman..

Antara lesson learnt yang aku dapat:

  • berusahalah untuk memaafkan seseorang walau ia sangat pahit sekalipun
  • perkara yang lepas/telah berlaku, jangan difikirkan lagi tapi perlu dibuat sebagai pengajaran
  • perkara yang akan datang jangan difikirkan tapi perlu dibuat perancangan
  • tumpukan ape yang berlaku sekarang; body,soul and mind centered
  • setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. kerana sebelum dilahirkan lagi kita telah ditentukan kehidupan kita, tapi hanya kita yang mampu mengubah semuanya dengan izin ALLAH.
  • terima segala apa masalah atau yang telah berlaku dari sudut yang positif
  • jangan difikirkan pengalaman pahit yang lalu kerana ia hanya akan membuatkan kita lebih sakit dan merana
Banyak lagi sebenarnya yang boleh diambil pengajaran. tak tau nak taip ape dah.

Watch this Surat Dari Ibu.. Moga mendapat pengajaran dan keinsafan



0 comments: