Sibuk..Buat-BuAt Sibuk..OR mEmang betul-betul Sibuk...?

Hari ni masa aku terisi sepenuhnya. Terasa masa cepat sangat berlalu..
Hari ni aku tak sentuh pun borang patient.
Tak pe..Thyroid function test die punyer turn around time(masa sampel terima sampai la result dikeluarkan adalah 3 hari...) so..esok masih ader...Insyaallah..

Hari ni aku sibuk uruskan seminar yang akan kitorang akan anjurkan untuk sume hospital.
Kali ni kitorang akan buat seminar dengan kerjasama syarikat SIEMENS...
Walaupun aku secara peribadinya tak berapa suke service yang diorang beri kat kitorang setakat ni...(sebab reagent asyik lambat jer...)tapi tak per...
Lagipun diorang nak beri kita ilmu...tak salah kita terima walapun susah skit kene buat seminar ni...


Arini aku cuba siapkan surat-menyurat terutamanya tempahan auditorium Pusat Darah Negara. Dah confirm tak de orang...

Cuba siapkan surat panggilan para peserta. Yang leceh kalau buat seminar ni, kene call hospital satu-satu nak dapatkan peserta..dijangka dalam 70 orang akan hadir...

Setakat ni hanya ada beberapa orang je yang ada nama..

Yang lain aku kene call hari isnin nanti..

Sesekali aku terpikir...
Kalau aku berpindah ke Terengganu, kalau spital negeri tak perlah jugak...
tapi....
kalau hospital kecik-kecik, mesti aku tak berpeluang nak join seminar cam ni...apatah lagi nak anjurkan seminar/kursus/bengkel cam ni...

Mesti bilangan kursus dalam setahun pun kurang....HEHE..Skang ni dalam lab aku, aku rasa aku yang paling banyak bilangan hari p kursus/bengkel setakat ni...
Ari tu Kak Kumari dah tampal senarai kursus/seminar/bengkel yang kitorang dah pergi..aku yang paling banyak...
Aku pulak yang rasa malu..hehehe...
Nanti orang kata tak adilla plak.Asyik aku je yang pergi..tapi bukan aku yang mintak..
Tapi oleh kerana aku salah sorang AJK kursus2 tu masa secara automatik, aku pun termasuk dalam peserta kursus tu...hehehe...tak pe...tahun 2009 masih berbaki beberapa bulan lagi...sempat korang nak pintas aku..hehehe...

Ari ni aku jenguk lab skejap je...mesin ok...QC ok...manusia2 dalam lab ok...OK lah sumenye tu...sampai diorang kata "INGATKAN CIK NURUL TAK DER HARI NI..."
hehehe..Sebab aku masuk 7.30pg..Biasa pagi2 dah ada validate result...

0 comments: