Seminar

Seminar yang dirancang lebih kurang 2 minggu akhirnya dah selesai.
Alhamdulillah hampir 45 orang dari seluruh negara datang. Hanya beberapa hospital yang tak menghantar peserta. Sabah n Sarawak mungkin diorang tak sempat nak prepare kot. Tak pe..

Tapi yang menyakitkan hati Peserta dari Penang walaupun hanya dilimitkan seramai2 org je, tapi ketua jabatannya bagi pendapat aku sunggh tak patut. Sanggup marah pihak penganjur sebab pada hari yang sama dia ada meeting lain di tempat yang sama. Apeplak...aku pun heran dengan org cam ni..walaupun aku dah paham (org lain lagi paham) dengan perangai die...tapi jangan la sampai marah2 kitorang sebab die x ble join...lantak lah..

Tapi aku dapat rasakan ini adalah seminar yang paling aku tak bersemangat nak buat kerja...
Mungkin ni adalah seminar terakhir aku jadi organizer kat sini....
Aku lebih banyak menggunakan perkataan ..biarlah...biarlah..biarlah...
Lagipun diakhir perjuangan disaat genting aku terpaksa berjuang seorang diri..
Tambah pulak dalam kepala aku ngan pikir pasal........emm...semangat berkursus tu dah kurang..

Tapi nasib baik semua berjalan dengan baik...makanan pun best...penceramah pun agak best jugak...

cONFIUS La

Sepanjang separuh hari aku dihabiskan untukmeeting.
Apa yang berlaku dalam lab pun tak taU. Langit runtuh pun aku tak peduli dah.
Hari yang sungguh mencabar untuk aku hari ni. Dalam masa tak sampai 2 jam terpaksa menentukan kehidupan aku selepas ni..Banyak pro n cons.
Semoga hari esok akan mEmberi harapan dan kehidupan baru bagi aku.
Moga"NUR" yang dicari akan hadir memberi "CAHAYA" dalam hidup aku..

NUR?
tergelak Zura - ex-mentee aku di PTPL dulu. (Skang die dah keje kat HKL dah.)
Die kata Cik Nurul ni masa nak datang HKL dulu pun kata nak cari 'NUR' kat sini. Skang nak cari NUR lagi....tak jumpa2...hehehe...

farewell party

Hidup ni mpama putaran roda. Sekejap rasa happy, sedih, menyampah, sunyi,bahagia.

Tadi p Grand Season ada buat farewell party untuk semua officer yang dinaikkan pangkat. Hampir semua datang. Ada yang bercuti,sakit....biasala tu..

Ada akak yang dah lapor diri ke hospital masing-masing pun datang. Kak Malar citer kat Hospital Sungai Buluh best!
Orang-orang kat sana x nampak stress pun. Persekitaran tenang je...Parking pun tak susah..Bilik pun dapat sorang..huhu...
Kat HKL?

Kacau Orang La Plak

Bosan betul. Perut dah terisi ngan tomyam yang tak berapa menjadi. Ntah ape-ape..Bila la aku nak lulus masak tomyam ni.. Nape yang aku makan kat kedai tak sama dengan yang aku masak? Ntah la.!

Tengah hari tadi aku p pejabat patologi.Masuk je ada orang tegur
"hai, Cik Nurul"
maka..aku ngan slambe aku menjawab
"hai..."
Muka nya nampak cam familiar je..tapi tak pe lah..aku ngah kalut nak dapatkan tandatangan ketua jabatan untuk surat seminar. bukan senang nak tangkap die nih..

Beberapa minit kemudian baru otak aku berfikir..rasa cam die ni student aku kat PTPL dulu.
emm..memang betul...Aqilah.
Alhamdulillah. Dah dapat kerja. Posting kat HKL lab Mikrob katanya.

Sibuk..Buat-BuAt Sibuk..OR mEmang betul-betul Sibuk...?

Hari ni masa aku terisi sepenuhnya. Terasa masa cepat sangat berlalu..
Hari ni aku tak sentuh pun borang patient.
Tak pe..Thyroid function test die punyer turn around time(masa sampel terima sampai la result dikeluarkan adalah 3 hari...) so..esok masih ader...Insyaallah..

Hari ni aku sibuk uruskan seminar yang akan kitorang akan anjurkan untuk sume hospital.
Kali ni kitorang akan buat seminar dengan kerjasama syarikat SIEMENS...
Walaupun aku secara peribadinya tak berapa suke service yang diorang beri kat kitorang setakat ni...(sebab reagent asyik lambat jer...)tapi tak per...
Lagipun diorang nak beri kita ilmu...tak salah kita terima walapun susah skit kene buat seminar ni...

nAik Pangkat

Bestnye berada di tempat baru..suasana baru..kawan-kawan baru…pengalaman baru…
Ramai kawan-kawan yang boleh dikira OTAI di sini dah dinaikkan pangkat..mula lapor diri ke tempat masing-masing 1/10/2009

Kak norin=hospital teluk intan,Perak
Kak malar=hospital sungai buluh
Kak aisyah=hospital sipitang,sabah….sian dier…dah la.. jangan nagis lagi yer kak…aderla hikmahnya tu…
Kak huzaimah=hosp. seremban
Ting=hosp.ampang
Kak aisyah (Quality)=hosp.ipoh
Hazmer=kat hkl lagi…emmm
Kak nani=pun hkl
Razali=pun hkl

Tapi yang paling aku sedih Kak Norin dah nak pindah…

tak der lagi orang yang nak bagi tunjuk ajar kat aku…(biasa dia yang aku jadikan sumber rujukan)

sePeTAng BersaMA cheF


Buat pertama kali aku turut serta dalam sepetang bersama Chef Florence & chef ismail di Hotel Flamingo, Ampang..

hehehe....

TiMe sLEEp

Ari ni dapat time sleep stengah hari...Batuk,selesema,pening, demam skit2....tapi yang kroniknye batuk la...

Arini rasa cam lambat betul....sume lambat...
Bermula dengan inet yang x ble nak connect ngan mesin architect sampai la validate result dalam LIS. LIS tersangat la lambat..(tu tanda2 awal akan offline la x lama lagi)...sampaikan aku rasa 1 result patient ambik masa satu 1 minit...
sepatutnye validate result 2 badge sempat satu je..tambahan pulak keadaan aku yang asyik terbatuk2...rasa nak termuntah pun ada..Nasib baik inet dah kembali cam biasa...

tengahhari tak tahan dah rasanya, aku p OPD p jumpa Dr Hari...

x bLE Nak FoKus DaA...

MACB hari ketiga tapi hari kedua bagi aku. Topik2 yang ada dalam tentatif boleh dikatakan semuanya best belaka. Tapi fikiran aku tak ble nak fokus sangat..asyik pikir pasal........
Tapi ala...buat bodo je lah...benda remeh...

Manusia ni suka sangat besar2kan benda remeh-temeh..Orang macam ni rasanya tak berapa sesuai untuk dibuat kawan..nanti berjangkit..sama dahsyatnya penyakit berjangkit H1N1..
lagi teruk aku rasa...


yang paling aku nak gelak..(bukan nak marah)...katanya kulat2 kat makanan ble dapat H1N1...

ITULAH ORANG KATA KALAU X TAHU, TANYA...JANGAN CAKAP CAM TAHU SEGALA..DIRI SENDIRI JUGAK NAMPAK BODOH DI MATA ORANG YANG LEBIH TAHU!!!!

Arini pun ada penceramah yang x dapat present coz positif H1N1. Rasanya dapat H1N1 lagi baik dari dapat penyakit hati cam die ni!

Tapi x pe...mungkin die tak tau perkara yang sebenar...aku pun tak nak bazirkan air liur nak xplain.Moga ALLAH akan sentiasa memberi kesabaran pada aku yang dhaif ni...

Yang penting arini aku memang kenyang dapat makan freee....yang paling penting dapat makan sate yang dah lama aku kempunan...

Tapi ilmu baru pun banyak gak dapat...Patutla setiap tahun sume orang berlumba-lumpa nak mai MACB. Walaupun yuran agak mahal...Tapi I tak kisah..ade org sponsor...Terima kasih...

HiduP uNtuK memBeri?

Terasa hiba seketika bila mendengar luahan perasaannya..Mungkinkah sudah ditakdirkan begitu??
Bila mendengar kisah duka dia, baru aku sedar bahawa samaada lelaki ataupun wanita perlu untuk memberi dan menerima dalam sesebuah perkahwinan. Seorang kawan yang agak baik dengan aku bercerita tentang perkahwinannya...perkahwinan yang telah roboh kemudian dibina semula dengan orang yang sama atas kehendak orang tua....Walaupun orangnya kelihatan ceria di pandangan mata kasar...tapi hatinya menangis Tuhan saja yang tahu....

Dulunya sebelum berkahwin sangat akrab bagaikan tidak boleh dipisahkan. tapi bila sudah berkeluarga, sudah tahu luar dan dalam, sudah tidak ada lagi rasa hormat pada suami.Dalam bercerita dia sempat berjenaka lg. Walaupun ianya hanya dibuat2-buat...

Adakah kerana perkenalan yang agak lama menyebabkan rasa hormat itu terhakis..?

Dan sesekali cerita ni menyedarkan aku akan sesuatu....

Betapa Indahnya Islam mengatur hidup umatNYA

dI sini aku sertakan sekali sedikit pesanan tentang Bagaimana Bercinta Cara Islam?
>



khub-bu bermaksud cinta,kasih

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Subhanallah...Moga ALLAH ampunkan doaku yang telah lalu.......

AStaGfirullah...

ASTAGFIRULLAHALAZIM..

Rasa cam nak mengamuk je hari ni..

Baru beberapa minit yang lepas ada sorang dari company datang bawak reagent & control.

nAK dijadikan cerita adalah salah satu qc tu dah nak expired bulan ni...atau dengan kata lain hanya boleh pakai dalam masa tak sampai sebulan je lagi...So..aku nak reject la...

Si India ni plak mungkin x berape paham bahasa melayu kot,, berkeras x nak bawak balik benda tu kat company berkenaan..beria2 suruh amik semua...susah nak pulangkan balik la..itula..inila...macam2..

yang paling menyakitkan hati, dah dapat DO tu..kene la check, X nak bukak pulak kotak tu... Pastu suruh aku sign..BANYAK CANTEKKKK!!!

Nasib baik Kak Norin ada...die lembut sikit...suruh die handle... kalau ikutkan hati panas aku memang nak kene mamat ni...TENSION !

ngah PikiR

Kekadang aku naik bosan ngan WIMAX ni..Menyakitkan hati betul!! Tapi ape-ape pun terpaksalah bersabar..
Tadi dalam bilik ada akak asyik tanya aku..

' nurul, you setuju tak pasal partial shift tu?

Aduh...
Sememangnya nak kata tak setuju tu..mungkin x jugak...nak kata setuju pun tak jugak...
Bagi aku, kalau dah menjadi itu salah satu tanggungjawab aku..terpaksa dan redha la...
Tapi kalau x jadi partial shift lagi baik..susah sikit nak balik malam2 ni...

Kak Kumari kata hari Jumaat kitorang akan bincangkan pasal benda ni...
Majoriti tak setuju...
emm...Tengok lah camana perbincangan nanti...

Tadi aku ada borak2 ngan kawan2 sambil menahan sakit kepala..tak tahula kenapa tiba2 sakit kepala..
Borak2 tentang halatuju Jabatan Patologi..itulah tajuk yang boleh aku simpulkan dari isi borak2 kitorang tadi..
Entahla..rasanya kitorang ni masih kelam kabut dari segi pengagihan tugas, pengurusan...
Terdapat sikit pertindahan tugas..entah ape2...
Esok kene p Symposium plak dah....
Duit pun makin susut..
ngah menghitung hari bahagia ni...25hb jun 2009-GAJI

jUst SeseKali teringat

KurSuS BuDaYa KorPOrat


x tau aku duk menung ape????

Kumpulan yang paling meriah sekali

ParTial Shift???

Emmm..


Arini aku dapat call dari kak huzaimah dari padeatrik..
Katanya kitorng akan start buat partial shift...
atau dengan kata lain kitorang akan sambung kerja dari kul 5 hingga 9 malam..

Aduh..

Berdenyut jugaklah kepala aku arini...
Bagi aku yang masih single ni mungkin x terlalu menjadi beban..lagipun duk kat umah pun bukan buat ape pun..
Tapi bagi ibu2 agak terbeban jugak lah...

Lagipun kalau keje lab sendiri suasananya lain dari lab orang lain..
Nak buat kerja pun tak la janggal sangat.

SecEbiS LuAHAn PeraSAaN

Sepanjang aku duk sini banyak benar manusia2 bernama isteri yang menceritakan tentang keburukan pasangan masing2...Sampaikan sampai satu tahap org yang mendengar tu semacam nak tengok je camana jenis rupanya si manusia bernama suami itu...

Bukankah sebelum kahwin dulu berjanji konon2nye sanggup buat ape sahaja untuk pasangan masing2...Tapi bila dah kahwin, buat air pun dah malas....Rasanya tidak salah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang ketiga dengan harapan org ketiga boleh memberikan idea or sedikit sebanyak boleh meleraikan kekusutan yang ada....Tapi bukan menceritakan pada umum akan keburukan pasangan masing 2...

Manusia....



Mungkin aku tak merasai alam rumahtangga...tapi secara logiknya macamtu la..
Aku belum cukup kuat untuk memberikan pandangan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ni..aku tau kalau aku memberikan komen pasti suara2 syaitan yang keluar dari mulut manusia akan menyanggah kerana diri ini yang masih belum sampai seru...Tapi....Tepuk dada tanya selera...

"Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing. " (petikan berita harian; 09.06.09)

Seterusnya, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, aku teringat beberapa ayat yang aku baca dalam novel ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Aku bli dilu...


"Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!"

Hanya Tuhan yang Tahu....

Masih menCarI??

eM...
Masih mencari Thumbdrive aku yang hilang...
dua-dua skali plak tu...Ape taknye aku ikat dua2 skali..
Mula2 aku x rasa penting sangat..
Tapi baru teringat tentang prosedur manual kerja untuk LIS yang aku kne review..
Aku dah siap hampir 90%..jjust need to touch up je..
Serabut betulla....x jumpa lagi ni...
x tau kne present benda ni bila...aku rasa minggu depan..macana ni????????????
Harap2 aku ada TERsave kat pc mana2..
Tapi aku rasa cam TAK!!!!!!!!!!

BenGkel enDOKrIN

Alhamdulillah..
sume dah selesai..
arini lab aku buat bengkel Endokrin 2009-Fertiliti.
Walaupun dapat budget ciput yang amat, tapi nasib baik sume ok n makanan yang aku tempah pun arini sodap.hehe

Setelah aku dan kengkawan bersusah payah hampir sebulan, berbaloi dengan penyertaan dari sume lab n penceramah.
walaupun pada mulanya agak stress ngan penceramah dari Pakar O&G, sekejap ble dtg kejap x ble,
Tapi akhirnya die datang gak.
hepi gak sebab bukan senang dia ble mai.B
Pagi tadi pun die msg terperangkap kat emergency department, emmm...tapi nak buat camane..kene paham la keje die camana..

Pagi2 lagi aku sedikit stress ngan cpu yang tiba2 x leh bukak windows langsung..
ei..masa ni jugak la die nak ko. semalam ok je..

tapi nasib baik ada hero..Dr Sham bawak turun CPu dalam bilik aku.
Terubat rasa marah kat die coz datang lambat sedangkan sepatutnye die yang prepare tempat n PA system. Akmal sakit ye...siannye...

Dr Zu tanya kenapa kali ni bengkel meriah skit?
Ye la...tahun lepas Ketua Jabatan komplen...huhuhu..

Untuk ari ni sume tugas aku dah bagi2kan...x tau sape yang jaga lab..tapi yang penting aku dah buat list sape2 dan masa bila kene standby kat lab..sape yang liat tu, kalau ade ape2 jawabla sendiri...

Tapi untuk tahun depan aku rasa kene bahagikan tugas dengan lebih sistematik. x delah terbeban pada org tertentu saje...lebihkan penyertaan dr MLT untuk tugas2 penting.

Tp, dr feedback yang diterima sume kata ok.emm..ok lah tu.Habis dalam 3.30pm. Selesai satu kerja!

Tpi x abis lagi! report aku kne buat plak...nak membuat grf tu yang paling remeh skali.nak key-inkan maklumbalas peserta...aduh...

Ngah aku duk sedap2 siap2 nak balik, semak2 buku WHAT TO DO. Alahai banyak kerja lagi nak kene buat..

Yang paling aku terperanjat, aku lupe nak call penceramah untuk kursus keselamatan jabatan!
Nasib baik si Azwa x balik lg,sempat mintak aturcara n mintak no phone penceramah ngan abg Nizam. Tp bila aku call, x terjawab plak...Alamak..ada 9 hari je lagi. tolak 2 hari minggu, 7 hari je... minggu depan plak kene p Melaka plak 4 hari...Kursus keselamatan pasal hazard. lepas tu dah pergi, Puan Cheng(Pegawai Keselamatan Pekerjaan) kata '' lepas pergi kursus nanti u kene tolong i ye nurul pasal chemical ni''. TOLONG tu maksudnye aku kene buat sume la..biasa la.Aduh..Sakit pale..chemical kat Jabatan ni banyak oooo. Tapi ape2 pun Hari senin kene call gak penceramah.tinggal sehari je minggu depan!!!!!!!!!

IT’S ALWAYS BETWEEN YOU AND GOD – MOTHER THERESA

• People are often unreasonable, illogical, and self-centered; forgive them anyway
• If you are kind, people may accuse you selfish, ulterior motives; be kind anyway
• If you are successful, you will win some false friend and some true friends , succeed anyway
• If you are honest and frank, people may cheat you; be honest and frank anyway
• What you spend years building, someone could destroy overnight; build anyway
• If you find serenity and happiness, they may be jealous, be happy anyway
• Give the world your best anyway

You see, in the final analysis, it’s always between you and god; it was never between you and them anyway

Day 2

Hari ke-2 kursus. best gak.
emm..
Kuliah pertama Matron Shamsiah lebih menekankan tentang 10s.
10S biasanya dipraktikkan oleh nurses.
Tapi profesion lain pun bleh gak guna..memang berkait pun.
Walaupun tajuk ca boring, tapi mungkin matron ni seorang yang terlalu banyak pengalaman, cara penyampaiannya menyebabkan aku rasa tertarik...
Dan..
Sesekali membuatkan aku terfikir, Alangkah bersyukurnya aku sebab tak jadi nurse. Disebabkan kesilapan kita yang sedikit boleh menyebabkan kematian pada orang lain.

Ingat lagi dulu aku, b4 masuk matrik, aku pernah hantar borang kat KUSZA untuk amik diploma nurse.
hehehe..dulu aku minat gak jadi nurse. Nampak orang yang jadi nurse ni...baik2 je..comel lak tu...kuakuakua..nasib baiklah tawaran masuk ke matrik datang dulu...kalau tak aku dah selamat jadi nurse dah..

ceramah ke-2 x berapa best sangat. ceramah ke-3 best! ESQ
Dr Roslan yang bagi talk tu.
ceramahnya berkisar tentang satu cerita.
die ceritakan kisah tu then terangkan maksud yang tersirat.
Majoriti yang diceritakan hampir berkait dengan hidup aku.

Tapi yang paling aku dapat ingat ialah dia tanya

Pernahkah kita rasa ALLAH pernah melupakan kita walau satu saat?
Pernahkah dalam saat2 dalam hidup kita pernah melupakan ALLAH ?

Tepuk dada tanya iman..

Antara lesson learnt yang aku dapat:

  • berusahalah untuk memaafkan seseorang walau ia sangat pahit sekalipun
  • perkara yang lepas/telah berlaku, jangan difikirkan lagi tapi perlu dibuat sebagai pengajaran
  • perkara yang akan datang jangan difikirkan tapi perlu dibuat perancangan
  • tumpukan ape yang berlaku sekarang; body,soul and mind centered
  • setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. kerana sebelum dilahirkan lagi kita telah ditentukan kehidupan kita, tapi hanya kita yang mampu mengubah semuanya dengan izin ALLAH.
  • terima segala apa masalah atau yang telah berlaku dari sudut yang positif
  • jangan difikirkan pengalaman pahit yang lalu kerana ia hanya akan membuatkan kita lebih sakit dan merana
Banyak lagi sebenarnya yang boleh diambil pengajaran. tak tau nak taip ape dah.

Watch this Surat Dari Ibu.. Moga mendapat pengajaran dan keinsafan



BaCk tO wOrK

Dah lama rasanya aku bercuti. Time kasih la pada akak yang tolong cover kerje aku ..heehe..
Arini aku start keje balik..

Pi kursus kat IPK Bangsar..Thanx to kak kumari coz sanggup kol aku kat kg bgtau pagi2 ni ada kursus...

Kursus penerapan budaya korporat dan pengukuhan soft skills

Sepanjang hari ni memang banyak sangat yang aku belajar...
bukan benda baru sebenarnya,...tapi benda lama yang telah lama dilupakan...

Di awal pagi minda aku yang sedikit mengantuk sebab baru balik dari kampung pagi tadi dah dibelasah teruk dengan aktiviti yang diberi oleh Dr Nor Filzatun Borhan..
Lebih kepada penerapan Budaya korporat iaitu penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan...
Lebih kepada aktiviti kumpulan...dan aku rasa akulah yang paling muda..yang lain sume otai2 belaka...rasa segan pun ada..
tapi kata orang, jangan segan untuk menuntut ilmu..betultak..?

Die juga ada mnyentuh jenis2 minda...ada 5 dan ada menyentuh sedikit kaitannya dengan keagamaan.

B4 balik adalah ceramah dr Puan Nuriza. Banyak benda tersirat yang aku dapat...

Lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa tak kiralah diwaktu kerja atau waktu senang. dan teringat satu surah dalam Quran yang dulu sangat popular tentang masa ni.

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)



Kita sering mendengar orang menyebut dan bercakap tentang ayat di atas. Seingat aku masa aku kat sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan ayat-ayat ni. Tapi.. semakin lama ayat-ayat ini seakan makin hilang dalam ingatan...(aku la ni....bercerita tentang diri sendiri)

Adakah kesibukan kerja telah semakin menjauhkan aku dari DIA?
Masih adakah tempat untuk NYA mengampunkan aku?
Masih adakah cintaNYA untukku?
Masih adakah keampunan untukku setelah menggunung dosa yang telah aku lakukan?
ASTAGFIRULLAH...betapa aku hamba yang berdosa!