Masih hidup lagi aku...
malam tadi aku baca buku pasal blood gas...sampai ke pagi aku tersedar je terpikir pasal blood gas...recall apa yang aku baca...nak jadi apa ntah..
hari tu aku tepon putrajaya pasal proses pertukaran aku tu...
die kata tepon balik pertengahan bulan lapan...
aku sebenarnya belum bersedia sepenuhnya untuk tukar kata betul2 hujung bulan 8 sebab aku belum rotate sepenuhnya kat core lab...
tambahan pula kal ya kat hospital kt suruh aku rotate kat drug lab...
drug lab....tak tau sempat tak...
harap2 lambat lagi la tukar...kalau hujung tahun ni...alhamdulillah...
sebenarnya keje kat mana2 pun sama je...
tapi kat sini lab paling basar n banyak special test membuatkannya specialla...
aku rasa dah tiba masanya aku serius untuk rotate..
selama ni tak serius ke???
bukan tak serius tapi sebab ada keje lain yang lebih penting, so aku selalu kat...tak pe la...ada masa lagi...
akhirnya.... masa tu sendiri lari dari aku....
Cam biasa, kalau aku cuti je mesti ada perkara yang buat aku naik darah..
Hari ni aku tengok QC mesin blood gas tak de QC untuk hari sabtu...
Tak tau diorang tak run ke atau letak merata...
Kalau lab manager tau mampus aku kene bantai...
Orang yang run sedap la..run sampel je...
nak menjawabnye... aku...jugakk...
QC csf plak ada yang run untuk qc lain..padahal keje dah lama...
nak marah.....ish, entahla...
Walaupun aku tak kluarkan suara, tapi sape yang penah kenal aku tahula camana riak muka aku kalau tengah marah...
Lab belakang plak..semua officer cuti...Kak Ujie plak pi Hospital Putrajaya...
Tinggal aku n kak dura je...tapi kak dura selalu x de..sibuk hal2 jabatan punyer..
harap2 tak de masalah apa2 la arini sampai aku balik.....
tadi aku nampak qc ada yang tak masuk dalam range....
aku tanya mlt tu nape run jugak kalau qc tak masuk...
lepas tu die jawab ape???
tak pe...satu je tak masuk....
die ni blajar ngan tok guru mana???
memandai2 je buat keputusan sendiri...
bila aku bagi tau renu..die kata saba...
aku dah ada tanda2 sindrom core lab....
sindrom core lab????
no la...
rasa cam hebat sangat keje lama kat lab tu...
tapi buat keje...sama je cam orang baru masuk...
astagfirullahalazim...
tadi kak ilya bagitau ada resul hba1c yang aku validate tak dapat result..
tapi bila dia check kat klinik pesakit luar...sume result tu ada dalam satu fail...meresap darah aku...
tapi alhamdulillah...tak payahla aku mencari sebab kenapa result tak sampai..
susah keje dengan darah orang ni...lagipun orang nak amik darah bukan senang..
lagipun kalau makcik2 yang dah tua tu sian datang balik hospital semata2 nak amik darah...
sebab biasanya patient akan datang dua minggu awal b4 jumpa dr..
Ada satu perkara yang aku dah mula perasan orang dalam lab...dan dah mula bosan...
buat keje tak seberapa, tapi merungutnye macam keje kalah perdana menteri...
moga penyakit2 hati ni tak berjangkin kat aku....insyaallah....
tension betul
semua berdebar-debar...terutamanya orang2 kat core lab...
main lab mestilah dia akan datang dulu...
tapi yang paling tak tahuannya...
kata petang baru opening...tup-tup...pagi2 dalam kul 9.30 pg tiga2 auditor dah tercegat kat depat lab....
pucat muka sume orang......hehehe...
dan yang pastinya kat STAT confirmla dia akan pergi...
sian renu...
cuak betul dia smalam..
sampai auditor tu kata 'dont't be so scared...i'm dr Arif's friend...'
apa kaitan dengan dr arif dengan renu yakut plak...hehehe...
tak de apa sangat yang ditengok..tengok gitu2 je...mungkin pre-audit dulu coz x opening lagi...
tapi katanya malam dia akan datang lagi check...
renu lagi kene stay..cian die..memang dia kuat terima cabaran....
aku????
penentu hari ni...
sebab smalam aku serah tugas stat kat renu untuk jawab2..hehehe..apala...
bukan apa, aku ingatkan dia akan datang kat chempath, so aku kene jawab kat sana sebab orang yang cover aku tu tak biasa lagi..
AKU..
Harini aku rehat awal...bestnya boleh duduk atas kerusi yang tak berapa empuk ni...lenguh rasa kesana-kemari..semoga ALLAH terus menganugerahkan aku nikmat iman, islam dan kesihatan ni...
Moga setiap langkah aku dikira sebagai ibadat...
Hari ni pagi2 printkan result dari hospital ampang..tracing result banyaklah jugak...
Mungkin salah demo..sebab tu result tak sampai kat spital sana...
sampai kat spital lain...
Hari ni rehat awal skit, bukan sebab nak curi tulang tapi lapar yang amat...
Ni pun aku amik masa update blog...hehehe...
Esok tak jadi present..abag nizam yang akan present pasal keselamatan...nasib baik..hehehe...
lagipun aku memang tak prepare...nak prepare ari ni pun aku rasa dah tak sempat rasanya...
ari ni mungkin orang terakhir tanya aku..kak jah...tanya aku memang masuk core lab ke?
aduh...rasanya dah boring aku jawab benda yang sama je sepanjang 2 minggu ni...tapi tak pe..at least ada orang sedar akan kehadiran insan kerdil dalam lab ni..hehehe..
Alhamdulillah...kekadang aku ada terpikir tentang diri sendiri..
Menggunung dosa...
Namun aku hanya insan biasa...sentiasa melakukan dosa..
Namun ALLAH itu maha pengampun...
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk kita bersihkan diri dari dosa..
Istigfar banyak2 n buat solat taubat...
Solat taubat hanya 2 rakaat sahaja...tapi bila hati dah hitam..dua rakaat pun terasa 10 rakaat...
Dulu pernah sorang kawan bagi tau hilang respect kat mamat ni...
Sebab dulu nampak baik, alim je...tapi skang nampak cam tak berapa baik sebab kawan ngan perempuan..
Bagi aku...
sape kita nak menilai orang begitu???
adakah kita terlalu baik untuk menilai orang...
cara yang terbaik adalah menegur dengan cara berhemah..
bukan mengata yang akan menambahkan lagi dosa kita yang sememangnya menggunung..
mungkin kita pernah terleka dengan nikmat dunia..
tetapi masih ada ruang untuk perbaiki diri.
hanya DIA yang berhak menilai hambaNYA...
semoga ALLAH ampunkan dosa kita...
hidup genting
Semalam core lab...hari ni chempath jugak...ni baru internal audit..
Minggu depan baru betul2 audit...pening pale aku...
Sampai auditor tanya aku..awak ni lab mana satu?...
Hehe...dua-dua..separuh-separuh..nak buat camana..masa closing audit, dua-dua closing aku masuk..mungkin sebab u dia cam kot.hehe...semalam banyak jugak yang dikomen,sebab lab paling besar n rutin, tapi hari ni tak banyak sangat la..lab kecik sikit...
Tapi bila dah masuk dua lab ni, boleh blajar banyak benda sebenarnya...
terutamanya pasal management qc...
test lain pun gitu gak..walaupun aku kat STAT, banyak gak la yang aku kene pandai tengok..
Rasa cam dah pandai, rupanya banyak lagi yang aku tak tahu..hehehe...
Sebenarnya banyak benda lagi perlu buat untuk audit nanti terutamanya pasal keselamatan..
Ari khamis kene present pasal keselamatan plak..macam-macam lah...serabut pale....serabut pale..buang pale???hehehe......
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
solat dhuha
Peringatan untuk diri sendiri
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
http://permai1.tripod.com/dhuha.htmlErtinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
untuk lebih lanjut, baca kat sini..ada lafaz niat dan doa sekali...
tak tau ape nak jadi ngan aku...
Aku datang awal ari ni..7.15 dah sampai..ari ni start masuk lab baru....
Hampeh betul...diorang ni perli2 aku plak...welcome la, slamat datang la..hehe..
Ape2 pun aku redha je...at least dapat belajar benda baru...
Kat lab baru aku kena jaga STAT...bahagian blood gas n csf,lithium,medico legal...
Medico legal tu tak tau lagi la camana...
Tadi renu dah brief aku sedikit sebanyak keje2 aku perlu buat...
Tak de lah banyak sangat banding HBA1C aku dulu tu......
Mungkin hari pertama kot...
Pagi ni siapkan spesifikasi untuk tender HBA1C..
Skang ngah berusaha habiskan puasa tahun lepas..baru nak ganti...muaa...
Tak pe..lagipun bulan Rejab, bulan penuh keberkatan...
Saje aku letak gambar ni...arnab2 ni ada bela kat blakang umah kat kampung...bestnye kalau aku boleh bela kucing ke...arnab ke kat sini...ada juga benda aku nak buat...hah!!!!
PAGI-PAGI DAH BENGANG...
ari ni budak ni nak present cme kul 10.00pg. pagi ni baru tanya apa nak tanya tpm kat mana..
nasib baik aku bukan pegawai latihan, kalau tak memang aku.....!!!!!
tadi aku tanya selama ni pergi mana tak nampak muka??
jawabnye...semalam mc...
sebelum ni??
kat library...
knape?
praktikel kat library ke????
baik amik kursus diploma perpustakaan je..tak yah amik dtmp.
memang bebudak dari kolej ni aku dah black list doh...
jangan sampai aku n the geng buat surat cam drug lab tak nak bagi student praktikel masuk rotate lab...
sape yang rugi??
junior2 diorang jugak....
tak salah buat jahat sekali sekala berbangding orang lain yang selalu buat jahat kat aku!
huh!
dah la aku ngah tension!
semalam dr. siti tanya aku nak masuk core lab tak?
so, aku terpaksalah jawab boleh...
sebenarnya bagus jugak duk kat lab tu...main lab...sibuk tapi banyak keje boleh blaja..
bak kata kak kumari...
nuru..you masih muda..banyak benda masih boleh blajar...
kalau i jadi u pun i pergi...
dan..aku memang nekad akan pergi lah...
tapi aku tak tahu mampu hadapi tak orang2 kat sana..pelik2 je aku tengok.
tapi seperti yang selalu aku bagitau abang rizal jadilah seperti kata pekak yang berjaya naik ke hujung tiang..sebab?
sebab dia pekak...tak dengar kata2 hasutan tak membina orang lain...
dan aku pegang kata-abang rizal...
senyumlah walapun kita ada beribu masalah sekalipun...sesungguhnya senyum itu penawar
kenapa?
terasa diri terlalu mulia ke nak buat benda2 tu...
sebagai contoh la...
kalau orang komplen...kat rumah la...
kotornye toilet kite...
tapi lama2 x jugak basuh toilet tu...
nak tunggu anak tukang cuci, cuci toilet tu ke?
pandai komplen je...buat tak nak..boleh blah!!
kalau kat sini plak..terlalu berkira..
mungkin semua orang sibuk dengan tugas masing2...
tapi takkan perkara kecil yang perlukan masa 2-3 minit pun tak boleh tolong???
terasa diri tu mulia dan besar sangat????
aku mula2 memang tak kisah..
tapi bila dah banyak kali terasa cam nak meletup jugaklah rasanya....
hari ni ada jamuan untuk semua kakitangan patologi...makan sambil menderma..emmm..
lepas tu ingat nak validate result, tak cukup komputer la pulak...
ada satu pc tu budak praktikel gunalah pulak...buat cme untuk petang ni...
aku tak tau la diorang ni....
nak marah pun budak2...
selama ni diorang ghaib entah kemana bukan buat presentation ke?
langsung tak ambil peluang blajar kat sini...
dah la amik dtmp..kalau kursus lain tak kisahla sangat...
hari tu aku dah tegur dah sebab jarang nampak diorang dalam lab..bukan tegur ape pun, tanya je...dengan baik la...
2-3 jam lekat la skjap pas tu ghaib plak...budak2 ni...
lepas tu kak uji pulak perasan pasal benda ni...aku tak bagitau dia pun...
lepas tu kitorang bincang @mengumpat jugak.kak kumari pun join the group la..hehe..
lepas tu kak kumari pulak tegur diorang..huh..kaw-kaw punyer...aku senyum je...hehehe