Day 2

Hari ke-2 kursus. best gak.
emm..
Kuliah pertama Matron Shamsiah lebih menekankan tentang 10s.
10S biasanya dipraktikkan oleh nurses.
Tapi profesion lain pun bleh gak guna..memang berkait pun.
Walaupun tajuk ca boring, tapi mungkin matron ni seorang yang terlalu banyak pengalaman, cara penyampaiannya menyebabkan aku rasa tertarik...
Dan..
Sesekali membuatkan aku terfikir, Alangkah bersyukurnya aku sebab tak jadi nurse. Disebabkan kesilapan kita yang sedikit boleh menyebabkan kematian pada orang lain.

Ingat lagi dulu aku, b4 masuk matrik, aku pernah hantar borang kat KUSZA untuk amik diploma nurse.
hehehe..dulu aku minat gak jadi nurse. Nampak orang yang jadi nurse ni...baik2 je..comel lak tu...kuakuakua..nasib baiklah tawaran masuk ke matrik datang dulu...kalau tak aku dah selamat jadi nurse dah..

ceramah ke-2 x berapa best sangat. ceramah ke-3 best! ESQ
Dr Roslan yang bagi talk tu.
ceramahnya berkisar tentang satu cerita.
die ceritakan kisah tu then terangkan maksud yang tersirat.
Majoriti yang diceritakan hampir berkait dengan hidup aku.

Tapi yang paling aku dapat ingat ialah dia tanya

Pernahkah kita rasa ALLAH pernah melupakan kita walau satu saat?
Pernahkah dalam saat2 dalam hidup kita pernah melupakan ALLAH ?

Tepuk dada tanya iman..

Antara lesson learnt yang aku dapat:

  • berusahalah untuk memaafkan seseorang walau ia sangat pahit sekalipun
  • perkara yang lepas/telah berlaku, jangan difikirkan lagi tapi perlu dibuat sebagai pengajaran
  • perkara yang akan datang jangan difikirkan tapi perlu dibuat perancangan
  • tumpukan ape yang berlaku sekarang; body,soul and mind centered
  • setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. kerana sebelum dilahirkan lagi kita telah ditentukan kehidupan kita, tapi hanya kita yang mampu mengubah semuanya dengan izin ALLAH.
  • terima segala apa masalah atau yang telah berlaku dari sudut yang positif
  • jangan difikirkan pengalaman pahit yang lalu kerana ia hanya akan membuatkan kita lebih sakit dan merana
Banyak lagi sebenarnya yang boleh diambil pengajaran. tak tau nak taip ape dah.

Watch this Surat Dari Ibu.. Moga mendapat pengajaran dan keinsafan



BaCk tO wOrK

Dah lama rasanya aku bercuti. Time kasih la pada akak yang tolong cover kerje aku ..heehe..
Arini aku start keje balik..

Pi kursus kat IPK Bangsar..Thanx to kak kumari coz sanggup kol aku kat kg bgtau pagi2 ni ada kursus...

Kursus penerapan budaya korporat dan pengukuhan soft skills

Sepanjang hari ni memang banyak sangat yang aku belajar...
bukan benda baru sebenarnya,...tapi benda lama yang telah lama dilupakan...

Di awal pagi minda aku yang sedikit mengantuk sebab baru balik dari kampung pagi tadi dah dibelasah teruk dengan aktiviti yang diberi oleh Dr Nor Filzatun Borhan..
Lebih kepada penerapan Budaya korporat iaitu penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan...
Lebih kepada aktiviti kumpulan...dan aku rasa akulah yang paling muda..yang lain sume otai2 belaka...rasa segan pun ada..
tapi kata orang, jangan segan untuk menuntut ilmu..betultak..?

Die juga ada mnyentuh jenis2 minda...ada 5 dan ada menyentuh sedikit kaitannya dengan keagamaan.

B4 balik adalah ceramah dr Puan Nuriza. Banyak benda tersirat yang aku dapat...

Lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa tak kiralah diwaktu kerja atau waktu senang. dan teringat satu surah dalam Quran yang dulu sangat popular tentang masa ni.

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)



Kita sering mendengar orang menyebut dan bercakap tentang ayat di atas. Seingat aku masa aku kat sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan ayat-ayat ni. Tapi.. semakin lama ayat-ayat ini seakan makin hilang dalam ingatan...(aku la ni....bercerita tentang diri sendiri)

Adakah kesibukan kerja telah semakin menjauhkan aku dari DIA?
Masih adakah tempat untuk NYA mengampunkan aku?
Masih adakah cintaNYA untukku?
Masih adakah keampunan untukku setelah menggunung dosa yang telah aku lakukan?
ASTAGFIRULLAH...betapa aku hamba yang berdosa!


WaNitA VS sEmAlu...

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

LuncH Talk

TeNgahari aku p lunch talk tentang pengurusan jenazah oleh Jbatan Perubatan Forensik,HKL.
Penceramahnya Tuan Hj Abu Bakar Lajis.
Best dan banyak benda yang aku dapat..Dengan gaya penyampaian yang berkesan Tuan Hji berjaya memikat perhatian aku n the geng yang tengah melawan rasa mengantuk dek penangan nasi td.
hehehe...
Lawak nye bersahaja tapi penuh dengan makna dan sindiran...Itulah gaya orang lama..Penuh dengan hikmah..

Ape yang aku dapat?
Dapat tahu skit sebanyak tentang prosedur dan borang yang digunakan...(x pernah berurusan ngan forensik berkenaan dengan mayat..x tau la...dulu ngan sampel je..)

Die ada cerita kalau mayat orang Islam akan disimpan selama 3 hari..kalau tidak dituntut selepas tu akan dirujuk kepada JAWI..
Kalau bukan islam akan disimpan selama 14 hari dan jika tidak dituntut slps tu akan dihantar ke tempat pembakaran..
dan hanya dr yang kerja di hospital kerajaan sahaja yang boleh sahkan kematian semasa dr tu ngah bekerja atau bukan waktu kerja pun ble..

Selaintu, banyak cerita pasal hal2 yang berlaku semasa tuntutan mayat oleh si waris...
Dia ade cite pasal keluarga yang ada gaduh2 berebut mayat, pasal mayat hilang, pasal perempuan terbang...hehe...ni yang paling lucu...

Tapi aku respect la sape2 yang kerja kat forensic..menguruskan jenazah..bukan calang2 org bleh buat...





BudaK TadIKA

Suatu pagi yang hening di sebuah tadika..

CIKGU
: Baiklah anak-anak, pagi ini kita akan belajar mengenai bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

FAIRUZ
: Kok kokk kokkk!!!

CIKGU
: Bagus Fairuz. Siti, buat bnyi kucing pula. Siti: Meowwww...

CIKGU
: Amboi, manjanya kucing tu ye..Udin, macam mana pula bunyi buaya?

UDIN
: Fewiiittt! Hai cik adik, seorang je ke...? Abang temankan boleh...

CIKGU
: Buaya apa tu Udin??

UDIN
: Buaya darat cikgu!!

(rapi,bil 113)

SedIH...OR..hEpi

aTAu

Aku sendiri pun tak pasti...
Petang tadi aku tepon kementerian bahagian pertukaran...
Itupun si Hairul yang tolong ingatkan..
Thanks Hairul

Dan..
Jawapan yang aku dapat...

Mintak maaf Cik Nurul, awak tak berjaya kali ni..
awak baru setahun lebih kerjakan?
Lagipun awak masih single lagi kan.
Kementerian makin strict tentang pertukaran skang.
Kene kerja at least 3 tahun baru ble tukar.

Em.. kecewa kah aku??
Aku bagitau Kak Kumari pasal ni, die kata
ha nurul, u kene kawen cepat2 la kalau nak tukar.

Em...bukan senang nak kawen ni akak oiiii....Tambah plak kalau dapat pulak yang langsung tak menghargai dan kaki betina plak....Ya ALLAH..jauhkanlah..

Namun jauh disudut hati aku aku bersyukur kerna ALLAH telah menolong aku untuk membuat keputusan. Dan...bila dipikirkan balik memang banyak benda yang belum selesai kat sini...

Aku bukan nak tukar sangat dah skang...Tapi bila balik umah aku rasa bosan mulalah pikir alangkah bestnya kalau bleh balik kamapung...
Tapi...
Bila kat tempat kerja, semangat nak balik kampung tu pudar...

Ntah ape-ape la ko ni NURUL....tapi...ape-ape pun ALLAH lebih mengetahui....



KeNaPA???

Aku selalu mengharapkan orang yang mengenali aku dengan sesuatu yang sama dengan apa yang aku berikan..
Ini buka dari segi kebendaan...
Dari segi
keikhlasan...
rasa setiakawan...
kejujuran....
rasa hormat....
rasa dihargai...
rasa kehadiran...


tapi...
secara diam harapan ini lah yang telah menyebabkan aku ingin makin jauh dengan orang tu...

Salah kah aku?

Tapi aku cuba untuk hilangkan rasa BENCI, MARAH, MENYAMPAH, MELUAT....
Walaupun aku tahu orang2 tu berpura-pura..manusia yang bertopengkan musuh ALLAH...
Namun aku redha..

Betulkah orang kata kesabaran manusia ada hadnya??????
Ya...mungkin sebab kata2 itulah yang membuatkan aku semakin hari semakin menunjukkan belang...hehehe..

Aku sendiri pun dah mula perasan...
Kat tempat kerja pun aku skang dah lebih open untuk bercakap...x tahan dah...Biadap sangat.

Skang ni aku perlu fikirkan tentang diri sendiri..
ya..kalau dulu aku susah nak kata tak nak..or..tak boleh...
Tapi skang....mungkin aku dah makin matang...
Buat ape berkorban untuk orang lain tapi akhirnya diri ini jugak yang diburukkan, dikeji,
diri ini juga bersusah payah, tapi diri ini jugaklah yang yang diperbodohkan...

BodohKAH aku kerana slama ini tak mengenal yang mana lawan mana kawan?

Moga ALLAH bersihkan hati dan fikiran aku dari kekotoran.


BaRu peRAsaN

Emm. malam ni baru aku perasan sesuatu..
Dah beberapa bulan aku tak beli buku..
Tapi sebenarnya dalam simpanan pun masih ada 2 3 buah buku yang tak terbaca...
Entah la.. Skang dah rasa makin malas nak baca buku...
Hari2 biasa..Balik pun dah malam...terus tido..
Tapi sebenarnya...kalau betul2 nak baca boleh je .....
Tapi aku ngah tunggu pesta buku di PWTC bulan ni...
kalau tak silap 16 - 26 kot...tak pasti plak...tapi lebih kurang tarikh tu la...

ConFiUs LaGi???

Cam biasa pepagi duk validate result thyroid..
banyak ari ni coz semalam aku tak masuk lab pun...

Aku masih pikirkan hal pindah aku ni..
Tadi pi kat bilik pegawai sains kat belakang...bagitau hal pindah aku ni...
Diorang banyak bagi nasihat...
Aku makin jadi serba salah....

Diorang suruh pikir masak2 sebelum buat keputusan...
Namun ape yang aku mampu buat adalah berdoa moga ALLAH berikan yang terbaik untuk aku...
...
Sabda Nabi:
Sesungguhnya dlm Jumaat terdapat satu saat jika org Muslim berdoa & bertepatan dgn saat itu,nescaya diperkenan doanya. Saat itu sgt pendek~Muslim

KoNfIUSnye..

Arini aku sepanjang hari training LIS. Training ni untuk lab manager bagi LIS. Bagus gak..banyak ilmu aku dapat..nanti LIS down tak delah aku nak pi panggil org dari frontech lagi...

Masa ngah rehat...
Kak norin bagitau pn raja elina tanya nak aku nak pindah ke tak..
Esok ada meeting pertukaran..dia salah seorang yang bertanggungawab untuk pertukaran bagi pegawai sains...
Aku jadi serba salah...
aku sebenarnye dah makin selesa duk sini...
masa aku pun dah makin terisi...
Masalah dah kurang..

Tapi kalau dapat pindah ke KT ..huh..alhamdulillah....
memang itu yang aku nak sebenarnya...
dua-dua aku suke..
So..aku amik jalan yang terbaik...
Tak payah p jumpa pn Raja Elina...
Aku berserah sepenuhnya pada yang Maha Mengetahui,...mengaturkan hidup aku...
lagipun hanya DIA yang Maha Mengetahui ape yang akan berlaku di kemudian hari..
Hanya...
yang mampu aku lakukan adalah berdoa..
Andaikata hidup aku adalah terbaik di sini...biarlah aku terus di sini..
Tapi..
Andaikata aku terbaik pindah terengganu...insyaallah aku akan dapat pindah jugak...

YA ALLAH...Berilah yang terbaik untukku...