TAHUN BARU..??

Lagi 5 hari akan melangkah ke tahun baru.
ini bermakna lagi beberapa hari lagi umur aku jugak akan bertambah.
aku?
masih ditahap yang sama.
Tidak ada transformasi yang memberangsangkan.
tahun depan tak tahu lagi camana posisi aku..
samaada masih di makmal teras atau akan terus berada di patologi kimia khas..
andai kata aku diberi pilihan,...
aku sendiri pun tak pasti nak pilih mana satu..
jika aku masih di makmal teras,
aku akan rasa sedikit boring dari segi validasi result,tapi aku boleh banyak belajar dari segi teknikal.lagipun andaikata aku dapat pindah ke mana2 tempat, aku beruntung sebab dah ada ilmu sikit2 how to handle pathology lab..sebab rutin test memang kat tempat ni.

Andaikata aku tetap jadi warga patologi kimia,
aku beruntung dari segi validasi result..kat sini semua test yang special.. banyak yang ble blajar..majoriti test tak ditawarkan kat tempat laindari segi teknikal ada jugak ble blajar tapi yang biasa2 sajelah..tapi ok jugak...

tapi aku harap Ketua jabatan tak suruh aku masuk histopatologi atau sitologi..
AKU TAK NAK....!!!!
aritu ada ura-ura aku kena masuk lab tu..sebab lab tu x de sc. officer..dan diorang dah mintak lama dah.kalau kat situ alamatnya sume kerja aku yang kene buat sebab kat situ dr ramai...mlt sikit.em..paham2 jelah....

aku pun x confirm keje lagi ni..harap2 tahun depan dah ble confirm.

kat umah sewa plak, tahun depan mungkin akan ada perubahan skit..ayu dah nak kawen bln 10...ani n zila pun dah nak tunang...aku??
Biarlah ALLAH yang menentukannya.
Aku yakin kekuasaan ALLAH mengatasi segalanya

Kata orang
"jangan terbang terlalu tinggi,kalau jatuh akan parah"
tapi kalau kita tak cuba cuba untuk terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba

Benarlah kata oarang cinta tak mampu memenangkan segala.
Cinta tak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi
Tapi ia mengajar kita sesuatu..menerima sesuatu dengan seadanya.
Cinta tidak semestinya bersama.
cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia.
Kepada orang pertama yang pernah hadir dalam hidup aku..
Terima kasih kerana pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa.
Mungkin dulu banyak nostalgia untuk dikenang
Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.
Biarlah ALLAH yang menentukannya...
Kalau betul kita dijodohkan walau 10 tahun lagi pun akan bersama juga...
tapi waktu tu dah tua la...hehe
Tapi andaikata telah bertemu jodoh yang sesuai jangan lupa ajak saya makan nasi minyak...hehe

Emmmm...Aku pernah terdengar tak tahu kat mana dah..
katanya kalau kawen dengan cinta pertama takkan bahagia, betulke????
Ngarut betul!!
Kebahagian bergantung kepada ketentuan ALLAH bukan cinta yang ke berapa..Ntah ape2..

0 comments: