Dah lama benar rasanya aku tak update blog..
Masa yang aku ada kat dalam lab sangat terbatas utk aku selalu update blog aku..
just utk tengok e-mail, friendster,bleh la skjap2..
lagipun internet tak berapa laju sangat..
sepanjang aku tak update blog aku ni..banyak benda yang berlaku..
Betulla kata orang...semakin meningkat usia kita makin banyak cabaran, ujian, masalah yang kene kita tempuhi..
dan...
hanya orang yang betul2 kuat yang mampu hadapi semua tu..
Aku????
Adakah aku cukup kuat hadapi semua masalah yang aku ada...
Ntah la ..Moga ALLAH tabah kan hati aku...dan tak sedih lagi..
Al-Sayid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani pernah memberi nasihat
"Wahai kaum ku..! Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya dunia dan segala isinya merupakan malapetaka dan bencana.
Amat jarang sekali yang terjadi sebaliknya.
Tiada sesuatu kenikmatan kecuali is mesti disertai oleh sesuatu yang tidak menyenangkan.
Tidak ada kebahagiaan, kecuali ia mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan.
Tidak ada kelapangan kecuali ia mesti disertai oleh kesempitan.
Berikanlah dunia untuk hidupmu dan raihlah bahagianmu di dalamnya dengan tangan syarak.
Kerana ia adalah merupakan penawar terhadap apajuga yang kamu perolehi di dunia ini.
Baru-baru ni ada sesuatu yang betul2 mengguris hati aku sehinggakan sampai satu tahap aku tertanya pada diri sendiri hina
sangatkah aku ni di mata orang???
Kenapa manusia suka menghukum orang lain kerana kesalahan orang lain??
kekadang aku terpikir sendiri adakah aku hidup pada tahun 2008, zaman millenium atau sedang berada pada tahun 1800-an,
zaman di mana manusia masih berfikiran kuno dan mengamalkan adat resam yang ntah ape2????
Adakah aku orang yang berasal dari kampung boleh dihina dan dilayan tanpa memikirkan perasaan aku???
Adilkah????
Namun aku redha...
Mungkin ini sudah tertulis untuk aku..
Hidup...mati...jodoh...semua sudah ditentukan..
Biarlah ALLAH yang Maha Berkuasa menentukannya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment