HIDUP BARU..??

Mungkin Hari ini adalah hari untuk aku mulakan hidup yang baru..Aku redha atas apa yang berlaku..

ALLAH pernah berfirman yang bermaksud
"Barangsiapa yang tidak redha dengan qada-Ku dan tidak sabar atas ujian Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku"

Al-Sayid Syaikh Muhyiddin Abdul qadir Al- Jailani dalam wasiat dan nasihatnya pernah berkata bahawa
"apabila kamu ingin agar hatimu sampai kepadaNya, ketika engkau berada di dunia, maka simpanlah kesusahan hatimu danperlihatkanlah kegembiraanmu, berakhlaklah engkau kepada umat manusia dengan akhlak al-karimah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"kegembiraan orang mukmin itu pada wajahnya, dan kesdihannya di dalam hatinya"

Janganlah kamu mengadu kepada seseorang manusia berkenaan dengan apa-apa yang sudah ditentukan ALLAH buat dirimu.
Kerana apabila engkau mengadukan Allah kepada manusia, maka akan hancurlah harga dirimu di sisis-Nya,manakala yang engkau adukan itu tidakakan hilang darimu, engkau tidak akan terlepas dari masalah yang engkau hadapai."


Aku cuba untuk tak pikirkan benda2 yang boleh buat aku sedeh....dah la...ENOUGH!!!

Hari ni aku habiskan masa untuk meeting je..
pagi di unit patologi kimia dan petang pulak meeting di makmal teras..
petang tu ngah aku kalut2 kat STAT tiba2 ada orang panggil katanya Dr Nik panggil aku..sebenarnya kene tulis meeting daa...terkojut den..
Dah la meeting makmal teras lama dan of course le..minit mesyuaratnya pun mestilah panjang..masak aku!!!

sebenarnya giliran orang lain yang patut tulis minit, tapi die datang lambat...ngelat!!
terpaksalah aku yang tulis..tak pe lahh...Tapi alhamdulillah..meeting cuma dekat dua jam aje..
Dan..dr nik nak minit tu minggu depan..alamatnya aku kene stay up malam2 le...siang2 mana sempat buat..dahla komputer tak cukup...ni pun ngah buat minit sambil tulis blog..muahahaha...huh..lama x gelak cam ni.

Tapi aku perasan sesuatau..masa meeting ada beberapa orang dalam lab MIA..
Makan gaji buta ke beb???!!!
huh..tak caya rasa aku boleh cakap cam ni..
makin brutal rasa.hehehe...

petang tadi aku nekad pukul 5.00 cabut!terus pegi monorel ke raja culan..terhegeh2 sorang2...
macam rambo pulak aku rasa tadi..

muahahaha..pi mana??? hehehehe..

aku gi daftar kat fitness first..senam la beb..badan dah debab sangat ni..
ramai orang lab tegur..tak tahan aku..lagipun aku risau nanti ada penyakit kronik naya aku..
Ramai yang gelak bila aku bagitau nak pi fitness..
sume senyum sumbeng..
senyum ngejek..
tapi tak pe..
badan aku..
duit aku..
tenaga aku..
semua aku...
aku tak mintak ape2 pun dari orang lain..
cuma..

nak mintak gak...mintak bagi aku semangat untuk kuruskan badan...
tolongla...

Semoga apa yang aku buat ni dapat keberkatan dari ALLAH..
Moga badan sihat boleh aku

rajin solat...
rajin baca Quran..
rajin kerja...
kurangkan makan...
kurang tido...
kurang ngantuk...
Masa makan pun ngantuk..ape nak jadi pun tak tau ..hehe..

Esok kene cucuk lagi..cam budak kecik.asyik kene cocok je..
esok cucuk vaksin influenza...orang lain sume dah cucuk..aku dan beberapa orang lagi x cucuk..tu la..cuti lama sangat..
Aku rasa cukupla untuk malam ni...sambung buat minit lak! Adios

0 comments: