Salam Maal-Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TAHUN BARU..??

Lagi 5 hari akan melangkah ke tahun baru.
ini bermakna lagi beberapa hari lagi umur aku jugak akan bertambah.
aku?
masih ditahap yang sama.
Tidak ada transformasi yang memberangsangkan.
tahun depan tak tahu lagi camana posisi aku..
samaada masih di makmal teras atau akan terus berada di patologi kimia khas..
andai kata aku diberi pilihan,...
aku sendiri pun tak pasti nak pilih mana satu..
jika aku masih di makmal teras,
aku akan rasa sedikit boring dari segi validasi result,tapi aku boleh banyak belajar dari segi teknikal.lagipun andaikata aku dapat pindah ke mana2 tempat, aku beruntung sebab dah ada ilmu sikit2 how to handle pathology lab..sebab rutin test memang kat tempat ni.

Andaikata aku tetap jadi warga patologi kimia,
aku beruntung dari segi validasi result..kat sini semua test yang special.. banyak yang ble blajar..majoriti test tak ditawarkan kat tempat laindari segi teknikal ada jugak ble blajar tapi yang biasa2 sajelah..tapi ok jugak...

tapi aku harap Ketua jabatan tak suruh aku masuk histopatologi atau sitologi..
AKU TAK NAK....!!!!
aritu ada ura-ura aku kena masuk lab tu..sebab lab tu x de sc. officer..dan diorang dah mintak lama dah.kalau kat situ alamatnya sume kerja aku yang kene buat sebab kat situ dr ramai...mlt sikit.em..paham2 jelah....

aku pun x confirm keje lagi ni..harap2 tahun depan dah ble confirm.

kat umah sewa plak, tahun depan mungkin akan ada perubahan skit..ayu dah nak kawen bln 10...ani n zila pun dah nak tunang...aku??
Biarlah ALLAH yang menentukannya.
Aku yakin kekuasaan ALLAH mengatasi segalanya

Kata orang
"jangan terbang terlalu tinggi,kalau jatuh akan parah"
tapi kalau kita tak cuba cuba untuk terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba

Benarlah kata oarang cinta tak mampu memenangkan segala.
Cinta tak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi
Tapi ia mengajar kita sesuatu..menerima sesuatu dengan seadanya.
Cinta tidak semestinya bersama.
cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia.
Kepada orang pertama yang pernah hadir dalam hidup aku..
Terima kasih kerana pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa.
Mungkin dulu banyak nostalgia untuk dikenang
Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.
Biarlah ALLAH yang menentukannya...
Kalau betul kita dijodohkan walau 10 tahun lagi pun akan bersama juga...
tapi waktu tu dah tua la...hehe
Tapi andaikata telah bertemu jodoh yang sesuai jangan lupa ajak saya makan nasi minyak...hehe

Emmmm...Aku pernah terdengar tak tahu kat mana dah..
katanya kalau kawen dengan cinta pertama takkan bahagia, betulke????
Ngarut betul!!
Kebahagian bergantung kepada ketentuan ALLAH bukan cinta yang ke berapa..Ntah ape2..

hidup aku yang tak berkesudahan...

Semalam buat kali kedua aku masuk kelas..
kali ni masuk kelas bodyattack.
Best gak. Enjoy sesangat..
Rasa macam hilang sume masalah...lagipun kat situ tak de orang yang kenal aku..hehehe..
Kalau aku buat perangai tak senonoh pun tak de sape yang amik kisah..muhahaha...
Badan pun rasa segar..tapi lama2 pergelangan kaki aku rasa sakit...almaklumla dah lama tak Buat keje berat..
Tapi yang tak bestnya lepas balik aku makan nasik lemak..huhuhu..
kurang kalori...pastu makin tambah kalori..hehehe..
Tapi kat sana tak de tempat untuk solat..
so...terpaksalah aku terkocoh-kocoh balik umah..

KECOH..???

Hari ni kecoh dalam lab persatuan kelab-kelab single..
bermula ngan Nik yang senaraikan semua yang dah kawen 2008 dan yang bakal kawen 2008

antara yang dah kawen tahun ni...2008

  • amani
  • erra
  • norzah
  • zuliana ayu
  • paizun
  • ace
  • ruskandar

Yang bakal kawen 2009

  • nages
  • lalitha
  • fendy
  • farid
  • ziana

Yang akan plan nak kawen 2010:

  • wan su
  • wan shakira
  • echah
  • ann
  • renu
  • sharif

Diorang letak nama aku 2010 tapi aku dah delete....mana ble...

Aku letak orang yang kawen last sekali 2015...itupun kalau aku tergerak hati nak kawen dan ALLAH dah temukan jodoh untuk aku...Diorang kata mana logik kawen 2015..ape tak logik plak..hehe..

Rupanya ramai lagi yang blum kawen..

Yang aku ngah pikir skang ialah menunggu peluang untuk aku bertukar kerja ke TRg tak kiralah kawasan mana....pastu beli rumah....dan..

Andaikatalah aku ditakdirkan ALLAH tak kawen,umur dah 30, insyaallah aku akan amik anak angkat untuk jadikan teman....Sedihnya.......

Doa Ku Untuk Mu.

Dengan nama Allah,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Titipkanlah kebahagiaan antara kami,

Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini,

Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engaku takdirkan,

Dia bukan milikku,

Bawalah dia jauh dari pandanganku,

Luputkanlah dia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan,

Menolak bayangannya jauh ke dada langit,

Hilang bersama senja yang merah,

Agar ku sentiasa tenang,

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,

Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,

Adalah yang terbaik untukku,

Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,

Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,

Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,

Di dunia ini mahupun di akhirat,

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,

agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,

Kejalan yang Engaku redhai,

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...Ya Rabbal'aalamiin..

JOM SENAM

Buat kali pertama aku masuk group body combat..
ntah ape2 aku buat.hehehe..tapi best gak..
hilang rasa tension..hilang serabut kat kepala...
lepas habis aku pi mandi..sempat gak aku ngintai ruang tu..
manala tempat untuk solat..cam x de je...apela...segar rasa badan...
tapi berjalan balik ke monorel, badan aku dah berpeluh balik...
emmm..
aku p pasar malam depan umah. s
inggah kat gerai jual vcd. nak beli vcd senario...
nampak cam best, tapi tak tau la..tanya penjual tu katanya rm 5 je..beli 4 percuma satu..
wah..
murah tu..
tapi tiba-tiba terlintas di fikiran aku kata-kata dr sham.
" cd cetak rompak ni, ko tahu sape yang jadi dalangnye? tu la...kongsi-kongsi gelap yang berlambak kat kl ni..kalau kita beli vcd/cd cetak rompak bermaksudkita mengkayakan lagi tauke-tauke kongsi gelap ni...diorang kaya raya dengan cara macam ni lah."

em..bila aku berfikir 2-3 saat,
melawan keinginan dengan kebenaran...
yang mana satu akan mempengaruhi fikiran aku..akhirnya aku letak balik..
tak pelah..nanti lama-lama akan ada kat dalam tv tu..tambah-tambah citer senario...raya nanti adalah tu..heheh.

sebelum tido aku ada sikit buku AS-Syifaa, ubat penyejuk jiwa.
ini adalah antara ayat yang sempat aku baca..

Dalam sahih muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
"seseorang hamba akan selalu dikabulkan doanya selagi ia tidak berdoa dengan sesuatu yang mengakibatkan kepada dosa atau memutuskan silatulrahimatau tergesa-gesa."
"para sahabat bertanya:apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?"
"Rasulullah s.a.w bersabda:orang yang tergesa-gesa adalah yang mengatakan 'saya berdoa kepada ALLAH tapi tidak dikabulkan, kemudian ia mengeluh kerananya dan meninggalkan doa,"
(Muslim 2735/92, al-Baihaqi dalam kitab al-Kubra 3/353)

HIDUP BARU..??

Mungkin Hari ini adalah hari untuk aku mulakan hidup yang baru..Aku redha atas apa yang berlaku..

ALLAH pernah berfirman yang bermaksud
"Barangsiapa yang tidak redha dengan qada-Ku dan tidak sabar atas ujian Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku"

Al-Sayid Syaikh Muhyiddin Abdul qadir Al- Jailani dalam wasiat dan nasihatnya pernah berkata bahawa
"apabila kamu ingin agar hatimu sampai kepadaNya, ketika engkau berada di dunia, maka simpanlah kesusahan hatimu danperlihatkanlah kegembiraanmu, berakhlaklah engkau kepada umat manusia dengan akhlak al-karimah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"kegembiraan orang mukmin itu pada wajahnya, dan kesdihannya di dalam hatinya"

Janganlah kamu mengadu kepada seseorang manusia berkenaan dengan apa-apa yang sudah ditentukan ALLAH buat dirimu.
Kerana apabila engkau mengadukan Allah kepada manusia, maka akan hancurlah harga dirimu di sisis-Nya,manakala yang engkau adukan itu tidakakan hilang darimu, engkau tidak akan terlepas dari masalah yang engkau hadapai."


Aku cuba untuk tak pikirkan benda2 yang boleh buat aku sedeh....dah la...ENOUGH!!!

Hari ni aku habiskan masa untuk meeting je..
pagi di unit patologi kimia dan petang pulak meeting di makmal teras..
petang tu ngah aku kalut2 kat STAT tiba2 ada orang panggil katanya Dr Nik panggil aku..sebenarnya kene tulis meeting daa...terkojut den..
Dah la meeting makmal teras lama dan of course le..minit mesyuaratnya pun mestilah panjang..masak aku!!!

sebenarnya giliran orang lain yang patut tulis minit, tapi die datang lambat...ngelat!!
terpaksalah aku yang tulis..tak pe lahh...Tapi alhamdulillah..meeting cuma dekat dua jam aje..
Dan..dr nik nak minit tu minggu depan..alamatnya aku kene stay up malam2 le...siang2 mana sempat buat..dahla komputer tak cukup...ni pun ngah buat minit sambil tulis blog..muahahaha...huh..lama x gelak cam ni.

Tapi aku perasan sesuatau..masa meeting ada beberapa orang dalam lab MIA..
Makan gaji buta ke beb???!!!
huh..tak caya rasa aku boleh cakap cam ni..
makin brutal rasa.hehehe...

petang tadi aku nekad pukul 5.00 cabut!terus pegi monorel ke raja culan..terhegeh2 sorang2...
macam rambo pulak aku rasa tadi..

muahahaha..pi mana??? hehehehe..

aku gi daftar kat fitness first..senam la beb..badan dah debab sangat ni..
ramai orang lab tegur..tak tahan aku..lagipun aku risau nanti ada penyakit kronik naya aku..
Ramai yang gelak bila aku bagitau nak pi fitness..
sume senyum sumbeng..
senyum ngejek..
tapi tak pe..
badan aku..
duit aku..
tenaga aku..
semua aku...
aku tak mintak ape2 pun dari orang lain..
cuma..

nak mintak gak...mintak bagi aku semangat untuk kuruskan badan...
tolongla...

Semoga apa yang aku buat ni dapat keberkatan dari ALLAH..
Moga badan sihat boleh aku

rajin solat...
rajin baca Quran..
rajin kerja...
kurangkan makan...
kurang tido...
kurang ngantuk...
Masa makan pun ngantuk..ape nak jadi pun tak tau ..hehe..

Esok kene cucuk lagi..cam budak kecik.asyik kene cocok je..
esok cucuk vaksin influenza...orang lain sume dah cucuk..aku dan beberapa orang lagi x cucuk..tu la..cuti lama sangat..
Aku rasa cukupla untuk malam ni...sambung buat minit lak! Adios

Beli kuih seringgit cam biasa..lepas buat milo 3 in 1,
aku minum dah abis kenyang baru teringat ada kuih atas meja yang aku beli kat cafe.
Tapi perut dah rasa penuh.Tak pelah..
nanti kul 10 lebih mungkin dah lapar balik.

Dalam lab Renu tanya aku..
"nurul, mana cincin kat jari?? Balik kampung bukan main lama.."
"tak de lah ren..mungkin tak akan ada buat selama2nya.."

lepas tu die cume ketawa then tersenyum...mungkin terpikir..mungkin makcik ni putus cinta kot..
monyok semacam je balik dari cuti ni

Sembang2 ngan Rel...die bagitau
"LOVE MAKE LIFE BEAUTIFUL"

Apalagi..aku jawab BOLEH BLAH...
Banyak kali pulak tu duk ulang ayaat2 tu..HEHE..
Pastu die citer dah nak kawen..bagusnye...
Tapi sape yang nak join club single aku ni???
hehehe...

Tengahari Rel tegur aku..
Cik nurul tak sayang saya lagi...dia tak usik saya cam slalu..

malam dekat kul 8 Rel massage aku...
" Salam. cik.r u ok?sy x tahu prob cik dan sy lebih muda dr cik. jgn la pikir sgt yer.
mungkin sy x paham keseriusan prob cik.tp plz.kembali esok dgn cik nurul dulu.manis,dan penting kacau sy.pe2 hal.kt minum dulu.hehe.lari topik."

hehehe...ni msg asal dari rel..tergelak kejap aku baca msg die..Rel memang klakar orgnya.
Alhamdulillah..masih ada orang yang prihatin pada aku..

Nurul, dah la pikir benda2 yang yang agak mustahil untuk kembali seperti yang kita impikan..
Mungkin ini adalah salah satu dugaan dan juga balasan dari ALLAH atas segala kejahatan yang aku lakukan selama ini..
Astagfirullahalazim...

'Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari api neraka."
(al-baqarah:201)

Seminggu bercuti di kampung belum mampu membuatkan aku lupa pada masalah..
Aku tak tahu sampai bila aku akan bersedih...

Dalam lab aku cuba untuk sembunyikan buat cam biasa...
Tapi masalahnya sume orang boleh detect pulak dah...
Terutamanya orang yang selalu bergurau senda dengan aku dalam lab si Renu dengan si Rel..
Rel tanya aku..nape aku cam muram tak ceria cam dulu lagi???
Renu pun tanya..nurul, kamu nape???
Aku tak tahu nak jawab camana.
Nampaknya aku tak ble jadi pelakon yang baik....

Tolongkah hambamu ini Ya ALLAH...

Dah lama benar rasanya aku tak update blog..
Masa yang aku ada kat dalam lab sangat terbatas utk aku selalu update blog aku..
just utk tengok e-mail, friendster,bleh la skjap2..
lagipun internet tak berapa laju sangat..

sepanjang aku tak update blog aku ni..banyak benda yang berlaku..

Betulla kata orang...semakin meningkat usia kita makin banyak cabaran, ujian, masalah yang kene kita tempuhi..
dan...
hanya orang yang betul2 kuat yang mampu hadapi semua tu..
Aku????
Adakah aku cukup kuat hadapi semua masalah yang aku ada...
Ntah la ..Moga ALLAH tabah kan hati aku...dan tak sedih lagi..

Al-Sayid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani pernah memberi nasihat
"Wahai kaum ku..! Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya dunia dan segala isinya merupakan malapetaka dan bencana.
Amat jarang sekali yang terjadi sebaliknya.
Tiada sesuatu kenikmatan kecuali is mesti disertai oleh sesuatu yang tidak menyenangkan.
Tidak ada kebahagiaan, kecuali ia mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan.
Tidak ada kelapangan kecuali ia mesti disertai oleh kesempitan.
Berikanlah dunia untuk hidupmu dan raihlah bahagianmu di dalamnya dengan tangan syarak.
Kerana ia adalah merupakan penawar terhadap apajuga yang kamu perolehi di dunia ini.

Baru-baru ni ada sesuatu yang betul2 mengguris hati aku sehinggakan sampai satu tahap aku tertanya pada diri sendiri hina
sangatkah aku ni di mata orang???
Kenapa manusia suka menghukum orang lain kerana kesalahan orang lain??
kekadang aku terpikir sendiri adakah aku hidup pada tahun 2008, zaman millenium atau sedang berada pada tahun 1800-an,
zaman di mana manusia masih berfikiran kuno dan mengamalkan adat resam yang ntah ape2????
Adakah aku orang yang berasal dari kampung boleh dihina dan dilayan tanpa memikirkan perasaan aku???
Adilkah????

Namun aku redha...
Mungkin ini sudah tertulis untuk aku..
Hidup...mati...jodoh...semua sudah ditentukan..
Biarlah ALLAH yang Maha Berkuasa menentukannya..