NINE WORDS WOMEN USE

NINE WORDS WOMEN USE

(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying F-- YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.

7 wasiat untuk diamalkan

7 WASIAT UNTUK DIAMALKAN

Wahai kawanku,
usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!
berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
awasilah pertengkaran
kerana di sana ada unsur lain membisikkan..syaitan namanya

wahai kawanku,
senyumlah selalu
tapi..
bersederhanalah
dalam ketawa

wahai kawanku,
seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
tanpa serius , hilanglah kesungghanmu
tanpa bergurau, tawarlah kehidupan..
kata seorang penyair:
berikanla kerehatan pada jiwamu
yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau
mestilah dalam batasan
seperti engkau masukkan garam
ke dalam gulai

wahai kawanku..
kawallah nada suaramu
setakat yang diperlukan
oleh pendengar di hadapanmu
janganlah jadi seperti orang bodoh
bahkan menyakiti hati orang lain pula!!
Luqman al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
itulah katanya suara keldai!!!

plastik betullla...

Plastik????
emm..
semakin hari aku dah semakin kenal sikap2 plastik yang ada dalam diri orang disekeliling aku..
Kat depan bukan main lagi..
Kat belakang kalah hantu raya...
Sesekali terpikir jugak aku...
Apa yang diorang dapat dengan sikap macam tu??
dah la hati tak tenang...
asyik dapat dosa plak tu???
tak pernahkah mereka dan aku sendri terpikir atau bertafakur seketika pikir soalan aku ni???
mungkin lupa pada hari kiamat??

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #30)

manusia memang sentiasa melakukan kesalahan..
tapi janganlah terlalu tengok kesalahan orang sampai tak ada langsung ruang kemaafan..
Tapi bila aku pikirkan balik..
terasa cam orang2 cam ni cam menunjukkan kebodohan diri sendiri je kat depan orang lain..
Ye lah..
bayangkan..
Orang yang dikeji tu tak ada ape2 effect pun tapi yang mengejinya..
sakit hati sendiri..cam orang tak siuman buat muka yang ntah ape2 depan orang tu..
Lepas tu umpat keji plak..tambah dosa lagi..
tak de keje lain ka???
Tolonglah cari kerja lain...tolongla..
Inilah orang kata kalau terlampau ramai sangat pompuan kat tempat kerja...BAHAYA!!!

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.aw. bersabda:

"Adakah engkau mengetahui, apakah mengumpat itu?

"Para sahabat menjawab:
"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui."

Beliau s.a.w. bersabda:
"Yaitu engkau menyebutkan sesuatu yang ada dalam diri saudaramudengan apa-apa yang tidak disukai olehnya.

Beliau s.a.w. ditanya lagi,
"Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau dalam diri saudara saya itu memang benar-benar ada apa yang dikatakan itu?

"Beliau s.aw. menjawab: "Jikalau benar -benar ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah mengumpatnya dan jikalau tidak ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah membuat-buat kedustaan pada dirinya."(Riwayat Muslim)

Susahkah untuk berubah??

Tak tau nape???
tapi mungkin dah jadi tabiat semula jadi manusia sukar untuk berubah..
dan...
sukar untuk menerima pembaharuan...

Dari segi logiknya tak salah untuk menerima perubahan
kalau ianya amat baik untuk kita...
dan secara logiknya lagi...
walaupun berjuta tahun sudah kita bekerja,
tak semestinya cara kerja kita yang diwarisi dari dulu tu tepat dan memenuhi kehendak dan keperluan sekarang kan???

Kenapa terlalu berkira untuk menerima berubahan..
atau yang paling tepat ialah BANYAK SONGEH SANGAT???
Semua manusia dalam dunia ni x semua yang pandai..
ada tempat yang BODOHNYA..
so..kesimpulannya jangan malu atau lebih tepat lagi KERAS KEPALA and BODOH SOMBONG
untuk terima ilmu yang orang lain nak bagi...
Sesekali kene letak kat belakang rasa riak pada kepandaian diri tu...(KALAU BETUL PANDAI LA..TAPI HAKIKATNYA...????)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #120)

Tadi pergi pediatric lab..
blajar skit2 pasal lab sana.
bulan ni dah start oncall.
Aku kene pada 25.1.09, 26.1.09, dan 1.2.09
Bagusnye 2 kali je sbulan.
sebab ramai officer ble rotate.
tapi yang malasnye kene oncall kat lab pediatric.
jauh skit.

Tapi yang aku perasan tadi..
Kak Huzaimah handle sorang lab biokem tu...HUH..
Ble tabik spring la...
kerja yang kat core lab officer dekat 7 orang buat, hanya die sorang buat...
Memang sungguh penyabar...
tapi mungkin sebab kat core lab instrument banyak skit n sampel pun agak banyak n peads lab kecik skit.
kat Core lab sampel dekat 2 ribu sampel yang rutin saje..
blum campur blood gas, hematologi, body fluid, wet lab....
Tapi bagi aku..
training tadi cam ok skit sebab aku ada xperience kat core lab.
Alhamdulillah...
Tapi yang pastinya memang kene banyak blajar lagi...

Sejarah palestin dan israel

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.

Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu -

“Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Dipetik dari
http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel/

Hari dimotivasi

Hari ni Ketua Jabatan breafing pasal jawatan kuasa informasi jabatan.
Aku salah sorang yang handle pasal Buletin Jabatan.
Ada 4 benda yang penting dalam management sesuatu
P - plan to do
O - organize what to do
L - lead
C+M - controlling and monitoring

Perkara penting dalam menghandle sesuatu adalah
.......adakah orang yang kita lantik untuk berada di bawah kita tu mampu untuk jalankan tugas yang diberi
.......adakah kita boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang bawahan kita

Tadi ketua jabatan mungkin tahu kekangan yang aku hadapi tahun lepas untuk publishkan Buletin..hanya satu yang sempat keluar...ish..ish..cian tul...

Kak Ana dah pergi australia..so aku kene berdiri atas kaki sendiri nak menage benda alah ni...

Tapi apa-apun insyaallah tahun ini rasanya dengan jawatankuasa baru dah boleh publish 4 kali setahun kot Buletin Jabatan..

tapi aku tak tau sape yang patut aku pilih..
yang paling penting mestilah tahu menggunakan publisher dan sedikit rajin...

YES.......
Back to Chem Path...
Kak azwa (pengurus core lab) dah bagi green light untuk aku kembali ke chempath..
Aku??
Sebenarnya aku tak tahu sama ada aku gembira ataupun sedih...
tapi ape2 pun thax kat sume yang banyak tolong aku kat Core Lab....
Walaupun korang kat sana sebenarnya banyak conflik tapi tak pe...
kat mana2 ada sume tu..hehehe..bye.bye..
Dr Shikin suruh aku masuk seksyen thyroid...
em..bagus gak.tak penah masuk lagi..
tapi dah penah belajar..
tapi yang penting kene tahu perangai architech 2000i tu camana..
Adios..

Bulan Muharam

FADHILAT BULAN MUHARRAM

Azam..

em... Ape azam tahun baru aku tahun 2009??
Baru-baru ni aku ada tengok Dr. Fadzilah Kamsah dalam Malaysia Hari Ini
di kata
"orang yang tak ada azam adalah orang yang celaka"

Aku cukup terkejut dengan pernyataan tu...

on the spot aku buatkan azam..hehehe..

Roomate aku kat ofis sume tahu azam aku tahun ni adalah
  • kurangkan cuti - sebab tahun lepas aku banyak cuti.rasa cam termalu sendiri rasa.tapi aku amik cuti banyak sebab tiket selalu tak de..so terpaksa amik lebih cuti..tapi balik kampung penting.
  • kemaskan meja - bukan aku tak suka kemas meja...tapi aku jarang ada kat bilik...kalau ada pun pagi untuk minum pagi dan tengahari untuk makan. lagipun tahun lepas aku kat core lab. jarang duk dalam bilik. STAT plak tu. kalau jadi ape-ape..mampus aku nak menjawab..skang dah balik chem path..sronok...

Macam-macam alasan la plak aku nih..

tapi sebenarnya ada lagi azam tahun baru..Biarlah rahsia....muahaha...