ngah PikiR
Tadi dalam bilik ada akak asyik tanya aku..
' nurul, you setuju tak pasal partial shift tu?
Aduh...
Sememangnya nak kata tak setuju tu..mungkin x jugak...nak kata setuju pun tak jugak...
Bagi aku, kalau dah menjadi itu salah satu tanggungjawab aku..terpaksa dan redha la...
Tapi kalau x jadi partial shift lagi baik..susah sikit nak balik malam2 ni...
Kak Kumari kata hari Jumaat kitorang akan bincangkan pasal benda ni...
Majoriti tak setuju...
emm...Tengok lah camana perbincangan nanti...
Tadi aku ada borak2 ngan kawan2 sambil menahan sakit kepala..tak tahula kenapa tiba2 sakit kepala..
Borak2 tentang halatuju Jabatan Patologi..itulah tajuk yang boleh aku simpulkan dari isi borak2 kitorang tadi..
Entahla..rasanya kitorang ni masih kelam kabut dari segi pengagihan tugas, pengurusan...
Terdapat sikit pertindahan tugas..entah ape2...
Esok kene p Symposium plak dah....
Duit pun makin susut..
ngah menghitung hari bahagia ni...25hb jun 2009-GAJI
ParTial Shift???
Arini aku dapat call dari kak huzaimah dari padeatrik..
Katanya kitorng akan start buat partial shift...
atau dengan kata lain kitorang akan sambung kerja dari kul 5 hingga 9 malam..
Aduh..
Berdenyut jugaklah kepala aku arini...
Bagi aku yang masih single ni mungkin x terlalu menjadi beban..lagipun duk kat umah pun bukan buat ape pun..
Tapi bagi ibu2 agak terbeban jugak lah...
Lagipun kalau keje lab sendiri suasananya lain dari lab orang lain..
Nak buat kerja pun tak la janggal sangat.
SecEbiS LuAHAn PeraSAaN
Bukankah sebelum kahwin dulu berjanji konon2nye sanggup buat ape sahaja untuk pasangan masing2...Tapi bila dah kahwin, buat air pun dah malas....Rasanya tidak salah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang ketiga dengan harapan org ketiga boleh memberikan idea or sedikit sebanyak boleh meleraikan kekusutan yang ada....Tapi bukan menceritakan pada umum akan keburukan pasangan masing 2...
Manusia....
Mungkin aku tak merasai alam rumahtangga...tapi secara logiknya macamtu la..
Aku belum cukup kuat untuk memberikan pandangan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ni..aku tau kalau aku memberikan komen pasti suara2 syaitan yang keluar dari mulut manusia akan menyanggah kerana diri ini yang masih belum sampai seru...Tapi....Tepuk dada tanya selera...
"Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing. " (petikan berita harian; 09.06.09)
Seterusnya, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, aku teringat beberapa ayat yang aku baca dalam novel ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Aku bli dilu...
"Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!"
Hanya Tuhan yang Tahu....
Masih menCarI??
Masih mencari Thumbdrive aku yang hilang...
dua-dua skali plak tu...Ape taknye aku ikat dua2 skali..
Mula2 aku x rasa penting sangat..
Tapi baru teringat tentang prosedur manual kerja untuk LIS yang aku kne review..
Aku dah siap hampir 90%..jjust need to touch up je..
Serabut betulla....x jumpa lagi ni...
x tau kne present benda ni bila...aku rasa minggu depan..macana ni????????????
Harap2 aku ada TERsave kat pc mana2..
Tapi aku rasa cam TAK!!!!!!!!!!