x bLE Nak FoKus DaA...

MACB hari ketiga tapi hari kedua bagi aku. Topik2 yang ada dalam tentatif boleh dikatakan semuanya best belaka. Tapi fikiran aku tak ble nak fokus sangat..asyik pikir pasal........
Tapi ala...buat bodo je lah...benda remeh...

Manusia ni suka sangat besar2kan benda remeh-temeh..Orang macam ni rasanya tak berapa sesuai untuk dibuat kawan..nanti berjangkit..sama dahsyatnya penyakit berjangkit H1N1..
lagi teruk aku rasa...


yang paling aku nak gelak..(bukan nak marah)...katanya kulat2 kat makanan ble dapat H1N1...

ITULAH ORANG KATA KALAU X TAHU, TANYA...JANGAN CAKAP CAM TAHU SEGALA..DIRI SENDIRI JUGAK NAMPAK BODOH DI MATA ORANG YANG LEBIH TAHU!!!!

Arini pun ada penceramah yang x dapat present coz positif H1N1. Rasanya dapat H1N1 lagi baik dari dapat penyakit hati cam die ni!

Tapi x pe...mungkin die tak tau perkara yang sebenar...aku pun tak nak bazirkan air liur nak xplain.Moga ALLAH akan sentiasa memberi kesabaran pada aku yang dhaif ni...

Yang penting arini aku memang kenyang dapat makan freee....yang paling penting dapat makan sate yang dah lama aku kempunan...

Tapi ilmu baru pun banyak gak dapat...Patutla setiap tahun sume orang berlumba-lumpa nak mai MACB. Walaupun yuran agak mahal...Tapi I tak kisah..ade org sponsor...Terima kasih...

HiduP uNtuK memBeri?

Terasa hiba seketika bila mendengar luahan perasaannya..Mungkinkah sudah ditakdirkan begitu??
Bila mendengar kisah duka dia, baru aku sedar bahawa samaada lelaki ataupun wanita perlu untuk memberi dan menerima dalam sesebuah perkahwinan. Seorang kawan yang agak baik dengan aku bercerita tentang perkahwinannya...perkahwinan yang telah roboh kemudian dibina semula dengan orang yang sama atas kehendak orang tua....Walaupun orangnya kelihatan ceria di pandangan mata kasar...tapi hatinya menangis Tuhan saja yang tahu....

Dulunya sebelum berkahwin sangat akrab bagaikan tidak boleh dipisahkan. tapi bila sudah berkeluarga, sudah tahu luar dan dalam, sudah tidak ada lagi rasa hormat pada suami.Dalam bercerita dia sempat berjenaka lg. Walaupun ianya hanya dibuat2-buat...

Adakah kerana perkenalan yang agak lama menyebabkan rasa hormat itu terhakis..?

Dan sesekali cerita ni menyedarkan aku akan sesuatu....

Betapa Indahnya Islam mengatur hidup umatNYA

dI sini aku sertakan sekali sedikit pesanan tentang Bagaimana Bercinta Cara Islam?
>



khub-bu bermaksud cinta,kasih

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Subhanallah...Moga ALLAH ampunkan doaku yang telah lalu.......

AStaGfirullah...

ASTAGFIRULLAHALAZIM..

Rasa cam nak mengamuk je hari ni..

Baru beberapa minit yang lepas ada sorang dari company datang bawak reagent & control.

nAK dijadikan cerita adalah salah satu qc tu dah nak expired bulan ni...atau dengan kata lain hanya boleh pakai dalam masa tak sampai sebulan je lagi...So..aku nak reject la...

Si India ni plak mungkin x berape paham bahasa melayu kot,, berkeras x nak bawak balik benda tu kat company berkenaan..beria2 suruh amik semua...susah nak pulangkan balik la..itula..inila...macam2..

yang paling menyakitkan hati, dah dapat DO tu..kene la check, X nak bukak pulak kotak tu... Pastu suruh aku sign..BANYAK CANTEKKKK!!!

Nasib baik Kak Norin ada...die lembut sikit...suruh die handle... kalau ikutkan hati panas aku memang nak kene mamat ni...TENSION !