Ku Merintih, Aku Menangis,Ku Meratap,
Aku Mengharap,Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,Ku Meratap,
Aku Mengharap,Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

hajarul aswad

"Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata,
"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).""

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?

Fatihah Seribu Faedah

Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.

Fatihah Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.

Fatihah Mendapat Zuriat.

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

Fatihah Sakit Mata

Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.

Fatihah Di atas Kapas

Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izinAllah.

Wirid Fatihah

Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan

Dinding Dimasa Tidur

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali

Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

kenapa kaabah segiempat

SEBAGAI RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI...

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah -

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh dari Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa KAABAH terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

alkisah wanita

""Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.bantulah aku menuju ke landasan yang benar,

ADAM RENUNGKAN......"

hikmah lima jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insani dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil. Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

Jari Manis

Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran. Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak. Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?

Jari Hantu

Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Jari Telunjuk

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

Jari Ibu

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya.

Renung dan fikirkan dalam-dalam.“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”"

sakit pale..

Masyaallah..berat sungguh dugaan Allah beri...
Tapi aku tahu, ALLAH tidak akan memberi ujian lebih dari kemampuan aku untuk menerimanya...
Dah banyak hari kepala aku asyik sakit pikirkan masalah aku....
Malam tadi bertambah pulak lagi satu masalah..tak tahu lah..
dan..start malam tadi jugak penyakit tak boleh tido aku datang balik...
Pagi2 kepala dah berdenyut2...
Petang nanti ada meeting ...
Tapi bila aku pikirkan balik, pilihan untuk pindah adalah jalan terbaik...
Dah tak tahan duk sini......

DOA SEORANG KEKASIH...


Doa Buat Kekasih

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

YA ALLAH,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi.
Maka jodohkanlah kami apabila sudah masanya
TETAPI YA ALLAH,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku.
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI,
Berikanlah aku kekuatan.
Menolak bayangannya jauh ke dada langit bersama senja nan merah.
Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.
YA ALLAH YANG TERCINTA,
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.
YA ALLAH,
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaanku di dunia dan akhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah kepadaku seorang seorang pasangan beriman
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah YA ALLAH,
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan periharalah kami daripada Azab api neraka
Amin

Pintu yang digunakan syaitan mengikut Iman Al-Syafie


· Perasaan marah

· Nafsu syahwat

· Perasaan tamak dan dengki

· Kenyang

· Cinta kepada perhiasan dan harta benda

· Bergantung kepada manusia

· Gopoh gapah dan terburu nafsu

· Cinta kepada wang ringgit dan emas

· Kedekut dan bakhil

· Fanatik mazhab dan kelompok

· Berfikir berkenaan zat,sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu

· Mudah berburuk sangka terhadap orang Islam

dalam delema

Aku skang dalam delema...heheheh..
Skang aku ngah pikir samaada nak tukar ke hospital kt ke tak..
Semalam So dari spital Kt call aku sama ada nak tukar suka sama suka atau tak...
Dulu pun dia dah tanya..tapi aku diam kan saje sebab ingatkan tak jadi...
Lagipun masa tu aku sayang nak tinggal lab aku ni...
Kt lagi...
Aku suka gak tukar kat tempat sendiri dekat ngan kampung sendiri...
Tapi aku tak tau samaada aku akan berkembang tak kat sana...
Bukan badan aku yang berkembang tapi fikiran aku..hehehe..
Tapi kalau difikirkan balik, sama je sebenarnya...
Spital kt tu spital negeri..tak macam spital daerah..banyak benda gak yang boleh aku blajar..
dari segi QC dan validasi mungkin sama...yang tak sama mungkin ada beberapa test yang ditawarkan kat sini tak ditawarkan kat sana..
Memangla..sebab sini tempat rujukan...
Aku ada tanya pendapat ramai orang..ada yang bagi pendapat yang ok dan ada yang bertentangan..
Abang rizal, cam biasala bagi pandangan bertentangan ngan orang lain..tapi mungkin betul gak..
siap kata lagi..
Kalau kita mengakap ikan kat laut dalam, hasilnya lain dari kita menangkap ikan kat pesisir pantai...
Ye, aku paham. tapi....
Tapi yang aku tengok orang2 yang keje kat spital lain ble je..
Ble naik pangkat, lagi banyak ble pergi kursus,
Tapi bezanya...kat sini kita yang anjurkan seminar atau bengkel..nanti aku plak yang jadi peserta datang sini...heheh
Tanya abg aku..dia kata ok..ni balik kg kene tanya orang tua aku lak..
Biasa naluri orang tua lebih tepat mana yang terbaik...
Tapi aku rasa mesti diorang stuju kat kt...
Malam tadi aku dah isi borang tapi x lengkap lagi...
Hati aku berat lagi nak tinggalkan Hkl...
Mua....

pot luck



Ari ni lab aku sekali lagi buat pot luck. Menu utama roti jala n nasi lemak...aku?
hehehe...masak telur n timun saje...senang je..ada sorang akak ni die spatutnya bawak nasi lemak n ayam goreng...tapi mc la pulak..cirit-birit rupanya...ye ke??? tuhan saja yang tahu...
berdoa untuk diri sendiri..nasibla....
nasib baik ada sorang akak lagi bawak nasi lemak...
sampai kat opis, kebanyakan orang dah tak ingat pasal pot luck ni..tapi nasib baik sume bawak makanan masing2..

Tapi ada orang segan2 nak makan..sape? sape lagi..abang rizal la...
die spatutnya bawak ais, tapi lupa..sume orang duk marah2 die..hehehe..
sian abang rizal..dah la dia kumbang seekor kat lab aku ni...tapi akhirnye makan jugak..hehehe...


Kenyang betul aku...kitorang sempat bungkus bawak balik lagi...aku bawak balik kuih untuk makan petang je..tak larat nak makan dah..kenyang sangat...

halaqah

Malam tadi aku ada tengok Halaqah bertajuk "KIAMAT".
Terasa insaf sekejap..Kali ni ia lebih membincangkan tentang tanda-tanda kiamat seperti gempa bumi dan sebagainya..
Semua yang berlaku ada diberi peringatan dalam Al-Quran..
setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya..tapi ada ilmu baru yang aku dapat iaitu...di alam semesta kita terdapat 37 black hole.
Tapi itu yang diketahui, yang masih tidak diketahui????
Subhanallah...dan berat 1 black hole ini adalah sama dengan 10 billion matahari...black hole ini akan menyerap / menarik semua objek yang berdekatan dengannya termasuklah cahaya.
Berkaitan dengan gempa bumi pula, ustaz tu cakap bumi dah bagi amaran, jadi kita kenalah sujud menyembah ALLAH sebelum kiamat datang.
Di akhir kiamat juga akan adanya Dajjal..untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal digalakkan membaca 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi...
ustaz tu ada bagitau pasal big bang..pati aku tak berapa paham sangat sebab ia libatkan fizik skit...